Pages

Friday, 23 September 2016

Polis jamin baju kuning (BERSIH 5.0) dan merah tak bertembung

Sabtu, 24 September 2016
Image result for Gambar Bersih

Polis jamin baju kuning dan merah tak bertembung

Pihak polis membenarkan perhimpunan aman sekiranya ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Malah, Khalid juga berkata, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan aman diminta memaklumkan dalam tempoh 10 hari bagi membolehkan polis menjalankan tugas.
" Kami tak larang selagi sebab perhimpunan itu dibenarkan undang-undang dan perlembagaan. Tetapi sebarang perhimpunan untuk menjatuhkan pemimpin negara, itu sama sekali tak dibenarkan.
"Akta Perhimpunan Aman adalah akta untuk berhimpun secara aman dan kami yang sepatutnya memudahkan perhimpunan itu.
"Jadi beri kami masa 10 hari supaya boleh bantu merancang perhimpunan itu agar berjalan dengan aman," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan November depan.
Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan dua BERSIH dan kumpulan Baju Merah pada perhimpunan tersebut, Khalid berkata beliau akan memastikan perkara berkenaan tidak akan berlaku.
"Kita tak akan membenarkan sebarang pertembungan sedemikian. Apa pun kita perlu lihat permohonan mereka.

“Kita akan ambil tindakan bila sampai masanya," katanya lagi.
BERSIH mengumunkan akan mengadakan perhimpunan pada 19 November depan yang bertemakan "Satukan Tenaga, Malaysia Baru!"
Ia bertujuan meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian jitu untuk melawan “rasuah besar” dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia.
Ekoran itu, kumpulan baju merah bawah Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia memberi amaran akan turun berhimpun pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH 5.

Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang juga adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar berkata, ratusan ribu pengikut kumpulan baju merah tidak teragak-agak untuk 'bertembung' dengan peserta BERSIH.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment