Pages

Saturday 3 September 2016

[Video] BN ada potensi kalah 45 kerusi & 67 kerusi UmnoBN pula goyah dalam PRU 14.

Ahad, 4 September 2016

67 kerusi Umno BN goyah dalam PRU 14 – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin Yassin
Sebanyak 67 kerusi dimiliki Umno Barisan Nasional berada dalam kedudukan goyah dan boleh ditumbangkan menjelang pilihanraya umum akan datang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan itu boleh berlaku sekiranya penyatuan dalam fahaman pembangkang dilaksanakan.

“Jika empat peratus undian masyarakat berubah, kita pastinya sudah berjaya merampas 45 kerusi daripada 67 kerusi milik Umno Barisan Nasional itu.
“Bagaimanapun keadaan itu boleh berlaku sekiranya wujud kesefahaman dan kerjasama baru serta muafakat kekal untuk tumbangkan BN,” katanya seperti dipetik Selangorkini.
Beliau berkata demikian pada Program Jelajah 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini malam tadi.
Terdahulu, Muhyiddin bersama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memaklumkan bakal membentuk parti baru dinamakan Bersatu, ke arah menumbangkan Umno Barisan Nasional.
Keputusan tersebut disambut baik pimpinan tertinggi pakatan, khususnya Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam perkembangan itu, Muhyiddin memaklumkan kesediaan pihaknya membuat pendaftaran baru parti Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (ROS).

No comments:

Post a Comment