Salam pagi Sabtu....!!!
Kebangkitan Suara Generasi Baru
Boleh Mengubah Kerajaan...!!!
Aku yakin kerna takutkan gelombang rakyat yg lebih besar #BERSIH5 maka selepas gerakan mahasiswa #TANGKAPMO1''...maka kerajaan bertindak mendedahkan #MO1 adalah NAJIB
Kebangkitan Suara Generasi Baru
Boleh Mengubah Kerajaan...!!!
Aku yakin kerna takutkan gelombang rakyat yg lebih besar #BERSIH5 maka selepas gerakan mahasiswa #TANGKAPMO1''...maka kerajaan bertindak mendedahkan #MO1 adalah NAJIB
Mahasiswa desak polis segera siasat Najib, Rahman Dahlan
Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1) mendesak pihak polis supaya tidak bersikap pilih kasih dengan segera menyiasat Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap institusi yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat ini jika polis terus berdiam diri.
“Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan di media antarabangsa mengatakan bahawa MO1 itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kami merasakan mereka berdua ini perlu dipanggil dengan segera untuk disiasat,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak polis perlu membuktikan bahawa mereka berkhidmat atas kepentingan rakyat dengan menyiasat dan mengenal pasti individu sebenar Malaysian Official 1.
“Kami merasakan pihak polis perlu segera bertindak tidak lebih daripada dua hari seperti apa yang mereka lakukan terhadap individu yang mereka rasakan terlibat dalam himpunan aman 27 Ogos lalu.
“Rakyat juga akan tertanya-tanya kenapa begitu cepat individu yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1 dipanggil untuk siasatan tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat ini masih dibiarkan begitu sahaja?” bidasnya.
Mengulas lanjut tindakan polis memanggil beberapa aktivis yang terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 pada 29 Ogos lalu atas alasan untuk diambil keterangan, Anis berpendapat siasatan tersebut berniat jahat.
“Kami mengecam pihak polis atas siasatan yang dikenakan termasuklah tindakan menggunakan Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu mengancam demokrasi berparlimen atas himpunan yang berlangsung dengan aman pada Sabtu lalu.
“Siasatan itu juga hanya ingin menakutkan mahasiswa yang sudah tidak sabar untuk melihat perompak terbesar negara didedahkan dan didakwa.
“Siasatan itu juga hanya ingin menakutkan mahasiswa yang sudah tidak sabar untuk melihat perompak terbesar negara didedahkan dan didakwa.
“Ini kerana polis hanya mengambil masa selama dua hari selepas himpunan untuk memanggil pihak-pihak yang dirasakan terlibat sedangkan sejak kami lancarkan kempen #TangkapMO1 sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun yang dipanggil untuk disiasat bagi mengenal pasti siapakah MO1 tersebut,” tegasnya.
Tambahnya, lebih malang tiga mahasiswa antara yang ditahan dalam siri jelajah kempen #TangkapMO1 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, 20 Ogos lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap 11 peserta himpunan #TangkapMO1 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah memberitahu 20 peserta himpunan lagi akan dipanggil untuk direkod keterangan.
No comments:
Post a Comment