Rumah sewa ibu tunggal dengan 8 orang anak dekat Kuantan, Pahang.
Rakyat didahulukan ... ???
Rakyat didahulukan ... ???
Tengok betapa daif nya.Mana kerajaan yg prihatin?????? Tolong hulurkan bantuan segera.
'Umno bukan lagi pejuang negara’
Tun Mahathir melambaikan tangan kepada orang ramai ketika hadir pada majlis Bicara Rakyat di Ketereh, kelmarin. - Foto: JAZALY AMRY JAAFAR
KOTA BHARU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini terpaksa menerima hakikat bahawa Umno bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.
Walaupun sedih dengan keadaan melanda Umno dan BN kini, satu usaha untuk memulihkan kepincangan yang berlaku pada negara perlu dilakukan dengan segera.
“Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno. Saya sayang Umno, sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Tun Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.
“Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya ketika ceramah Bicara Rakyat di Ketereh, kelmarin.
SH.
No comments:
Post a Comment