Suara Dato' Seri Husni baru-baru ini di Parlimen menguatkan lagi dakwaan salahlaku pengurusan kewangan Syarikat 1MDB.
Seperti biasa, pasukan Dato' Seri Mohd Najib dengan pantas mula menyerang bekas Menteri Kewangan II ini dengan pelbagai tuduhan liar.
Dan seperti biasa juga, beberapa soalan yg dikemukakan oleh bekas Menteri Kewangan II di Parlimen tiada satu pun yang dijawap oleh pasukan Dato' Seri Mohd Najib.
Helah yang diguna-pakai berulang-kali oleh pasukan Dato' Seri Mohd Najib untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap persoalan sebenar yang dibangkitkan semakin menyerlahkan lagi perangai kebudak-budakkan mereka.
Persoalannya, sampai bilakah Dato' Seri Mohd Najib mampu menutup salahlaku 1MDB yang telah terbongkar sekian lama ???
Sama-samalah kita fikir-fikirkan.
Firma tak sanggup ker atau najib tak mahu?
Bekas anggota kabinet mungkin langgar sumpah kerahsiaan - Pandikar
Bekas anggota Kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet," kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan-ucapan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Mk.
** mencari alasan untuk menutup mulut bekas menteri supaya rahsia 1 mdb tidak terbongkar lg..
Bekas anggota Kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet," kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan-ucapan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
No comments:
Post a Comment