Pages

Sunday 9 October 2016

PAS: Penendang bukan jawapan pada BERSIH...#MerahKuning Satukan Tenaga, Malaysia Baru.

Ahad, 9 Oktober 2016

PAS: Penendang bukan jawapan pada BERSIH

Jika kumpulan baju merah mahu menyaingi kempen BERSIH 5 yang kini digerakkan melalui siri jelajah konvoi mereka, ia perlu dilakukan dengan lebih bertamadun, kata PAS.
Naib presiden parti itu Idris Ahmad berkata penendang bukanlah jawapan kepada kempen dilaksanakan BERSIH ketika ini.
"Sekarang zaman milenium baru, bukan cara berpolitik tahun 1960-an yang bersifat barbarian.
"Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang.
"Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin (penyokong mereka) untuk buat seperti konvoi BERSIH 5. Bukankah negara kita negara demokrasi?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia disiarkan portal rasmi PAS, Harakahdaily.
Semalam berlaku kekecohan di beberapa tempat membabitkan kumpulan penyokong BERSIH 5 dan baju merah.
Malaysiakini.
Marina Mahathir di Kulim, Kedah. Beliau menyeru orang ramai untuk menghadiri perhimpinan BERSIH5 pada 19 November nanti.


#MerahKuning Satukan Tenaga, Malaysia Baru 

No comments:

Post a Comment