Jeng.. Jeng.. Jeng..
Sama-sama lah kita saksikan nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.
Sama-sama lah kita saksikan nantikan wayang 'MEREKA' samada utk meraih undi mahupun yg menipu rakyat.
RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap
Usul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.
Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.
Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.
"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.
"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.
Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.
"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?
"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?
"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.
Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.
"Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?
"Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari nombor empat kemudiannya ke bawah menjadikan nombor tujuh?" tegasnya.
Hal ini kerana, jelasnya, Speaker Dewan Rakyat bukan dari mana-mana parti komponen Pakatan Harapan yang menyebabkan kelewatan pembentangan RUU itu.
"Mengapa Amanah, PKR dan DAP yang kamu sasarkan? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahupun DAP," bidasnya lagi.
No comments:
Post a Comment