Bila berlaku Barisan Alternatif kita berjaya waktu itu. 1999 di Kedah, Pas menang 8 Parlimen, Umno 5. Waktu itu Tun M Perdana Menteri.
2007 himpunan Bersih. Anwar, Azizah, Lim Kit Siang, TG Abdul Hadi Awang berjalan seiringan ke Istana negara. Hasil itu kita berjaya dapat 5 buah negeri pada 2008.
Kita kalah teruk 2004. Dengan usaha gigih pembangkang 2013 Pakatan menang dengan 52 peratus undi.
Persempadanan semula Umno buat selepas melihat pru13. Pecahkan Melayu dengan bukan Melayu.
Mereka merancang Allah juga merancang. Tiba-tiba muncul parti Bersatu yang akan kalahkan Umno. Oleh itu kehadiranmu Bersatu sangat kami alu-alukan.
Kita akan ubah pemerintahan bersama AMANAH, PKR, DAP dan Bersatu. Mana-mana yang nak bersama kita, silakan.
Ada orang kata jangan turun Bersih sebab tiru Arab Spring. Bersih itu anak saya. Bersih mula 2007. Arab Spring 2011. Arab Spring la yang tiru Bersih.
Mohamad Sabu
Presiden AMANAH
Presiden AMANAH
No comments:
Post a Comment