Najib nak jadi PM selama 22 tahun...??
ALANGKAH BAGUSNYA kalau Najib kekal PM sampai mati..
- Byk aset negara bakal tergadai..
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...
- Boleh bayar hutang judi lagi
DAN LAGI ???
ALANGKAH BAGUSNYA kalau Najib kekal PM sampai mati..
- Byk aset negara bakal tergadai..
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...
- Boleh bayar hutang judi lagi
DAN LAGI ???
Umno yang patut malu, negara diperintah pencuri, perompak, penyamun, kata MP
Pemimpin Umno yang patut malu apabila menjadi pemimpin negara yang dirujuk sebagai 'global kleptocracy' atau negara yang diperintah oleh PPP - pencuri, perompak dan penyamun, kata ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menurut beliau, pembangkang tidak perlu malu dengan tindakan mereka meninggalkan Dewan Rakyat ketika perdana menteri sedang membentangkan belanjawan negara.
"Saya tidak pernah rasa semalu ini selepas umur saya 75 tahun hidup di negara yang saya sayang ini di mana saya bersedia untuk berkorban kebebasan saya tetapi sangat malu apabila negara saya dikenali seluruh dunia sebagai negara 'global kleprocracy' yang diperintah oleh PPP - Pencuri, Perompak dan Penyamun!" kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaludin yang mempertikaikan tindakan pembangkang keluar meninggalkan Dewan Rakyat ketika Najib sedang membentangkan Bajet 2017.
Bagi beliau, Parlimen adalah tempat yang pertama patut dinyatakan penentangan dan protes secara nyata dan jelas ke seluruh dunia terhadap gelaran 'global kleprocracy' ini.
"Tidak ada pilihan untuk Parlimen dan negara untuk hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa gelaran yang diberikan dunia bahawa Malaysia adalah 'global kleptocracy'," kata Kit Siang.
Media dunia menyerang Malaysia sebagai 'global kleptocracy' atau negara pengubah wang haram ekoran skandal 1MDB yang dikaitkan dengan perdana menteri Najib.
Jababatan Kehakiman (DoJ) Amerika telah mengambil tindakan dengan membekukan semua aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara itu manakala Singapura juga membuat tindakan mereka termasuk menutup dua cawangan bank yang terlibat dengannya.
Pembangkang mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat ketika Najib sedang menyampaikan Bajet 2017 Jumaat lalu apabila Najib bertanya, siapa bersandiwara dan diikuti dengan kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, "MO1".
Najib dalam ucapannya berkata beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.
"Baru-baru ini kita mendengar ada pihak buat tuduhan bahawa Bajet 2017 satu sandiwara kononnya tanpa substance kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.
"Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada kaumnya.
"Saudara saudari sekian saya nak tanya disini... siapa yang main sendiwara...siapa yang tiada substance..dimana mulanya timbul ribut ini?," tanya Najib beberapa kali sebelum dijawab ahli parlimen pembangkang yang berteriak "MO1".
Najib kemudian berkata, beliau tidak kesah kalau ahli pembangkang keluar.
"Saya boleh simpulkan seperti berikut.... (suasa riuh rendah) dengar- dengar ya...Kalau nak keluar keluarlah takpa," kata Najib.
Walau bagaimanapun, melihatkan bantahan Ahli Parlimen pembangkang berlarutan, Speaker meminta mereka keluar dari Dewan Rakyat.
"Ahli yang berhormat jika tidak minat dengar bajet dengan tabiat begini sila keluar," kata Pandikar diikuti dengan tindakan semua ahli parlimen pembangkang keluar kecuali dari Pas dan beberapa yang lain.
No comments:
Post a Comment