'TN50 helah Najib tutup kegagalan capai Wawasan 2020'
Pengumuman Transformasi Nasional 2050 (TN50) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 adalah helah bagi menutup kegagalan mencapai matlamat Wawasan 2020, kata bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurutnya, berdasarkan keadaan sosial dan ekonomi sekarang, adalah jelas negara ini tidak akan mencapai matlamatnya untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
“Jadi untuk mengalihkan perhatian kita daripada kegagalan itu, kerajaan umumkan TN50 yang tempohnya masih lama,” kata Mukhriz yang dipetik oleh Free Malaysia Today.
Najib ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu mengumumkan TN50 dan berkata “biarlah legasi lama berlalu”, dipercayai merujuk kepada Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
"TN50, inilah azimat kita mulai kini, biarlah legasi lama berlalu pergi.
“Harapan masa depan Malaysia kita baharui," katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di parlimen Jumaat lalu.
Mukhriz bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya cuba memenuhi sasaran Wawasan 2020 terlebih dahulu sebelum mengumumkan sebarang inisiatif baru.
“Yang kita nak tahu apakah usaha kita dalam empat tahun ini (menjelang 2020), walaupun mungkin terlambat.
“Apakah yang boleh melonjak kedudukan ekonomi negara untuk memenuhi wawasan itu.
“Kalau sudah penuhi matlamat sedia ada, barulah boleh cerita wawasan baru. Ini tidak sepatutnya berlaku.”
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment