Pages

Sunday, 13 November 2016

[Video] Dr M turun ke BERSIH 5 0 & seru semua ikut sama..."BERSIH Bagus, Aman! Hanya Jamal Baju Merah suka nak cari GADUH!" Selangor jadi sasaran...

Ahad, 13 November 2016

Selangor jadi sasaran Pakatan Harapan menang PRU14

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu Pakatan Harapan menggunakan satu manifesto bersama dan berjuang habis-habisan bagi menawan lima negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Beliau menamakan Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor sebagai sasaran Pakatan Harapan pada PRU14.
“Jika kita ada dua manifesto parti, kita akan jadi bahan ketawa,” katanya kepada perwakilan sempena persidangan tahunan DAP Selangor hari ini.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang hadir di persidangan itu turut bersetuju dengan cadangan Lim untuk Pakatan Harapan menggunakan satu manifesto.
Beliau berkata, Pakatan Harapan sedang menangani sebarang cabaran dan isu yang akan dihadapi pada PRU14.
Mengambil tema ceramahnya sepanjang tahun, Lim berkata, manifesto bersama itu perlu bertemakan “Demokrasi menentang Kleptokrasi”.
Beliau sering menggunakan frasa “kleptokrasi global” terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan kempen di majlis anjuran parti itu sepanjang tahun, yang merujuk saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset kira-kira AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.
Tindakan AS adalah sebahagian daripada Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, manifesto itu “platform jelas untuk pembangkang meneruskan penggunaan tema Demokrasi menentang Kleptokrasi”.
Katanya, sudah tiba masanya untuk berpisah daripada pentadbiran kleptoratik.
“Satu perkara yang Malaysia capai di peringkat global adalah tajuk kleptokrasi global. Apa yang peguam negara, ketua polis negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) lakukan?” soalnya.
Beliau turut mempersoalkan kurang tindakan diambil terhadap jutawan Malaysia, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low yang turut dinamakan dalam saman sivil DoJ.
Perwakilan pada persidang itu turut membawa poster #TangkapMO1 serta Sokongan, Simpati dan Solidariti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan perbicaraan atas dua pertuduhan rasuah berkaitan pembelian banglo bernilai RM2.8 juta dan perjanjian penukaran tanah.

No comments:

Post a Comment