Pages

Monday, 14 November 2016

"Luahan hati TMJ yg perihatin dgn nasib rakyat yg d tindas!" Rafizi didapati bersalah langgar OSA, penjara 18 bulan...Rafizi masih kekal MP.

Isnin, 14 November 2016

luahan hati dri TMJ yg perihatin dgn nasib rakyat yg d tindas..!!

Rafizi didapati bersalah langgar OSA, penjara 18 bulan

Rafizi Ramli kelihatan tenang ketika  keluar dari mahkamah sesyen hari ini
Rafizi Ramli kelihatan tenang ketika keluar dari mahkamah sesyen hari ini
Saya tidak rasa sedih, terkejut, bimbang, marah atau apa-apa. Ini perkara biasa. Kata pepatah alah bisa tegal biasa," ujar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
 Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.
 Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, jaminan terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.
Zulqarnain memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.
Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.
Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.
Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.
Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah.

Rafizi kekal MP hingga rayuan selesai, kata SPR


Mohd Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan.
Kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.
Menegaskan demikian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu, beliau berhak membuat rayuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment