PRU14: Amanah sedia ambilalih kerusi Pas, kata Nizar
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon-calon berwibawa di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenangiPas semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada tahun 2013 yang lalu.
Selain di kerusi Parlimen Kawasan Parit Buntar dan Dun Kawasan Changkat Jering.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, pada PRU13 kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang telah menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Negeri Perak.
Ini telah mencemaskan Barisan Nasional (BN) yang mana BN telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 telah dibuktikan melalui perubahan yang telah dilakukan dahulu atas semangat sepakatan sebelum ini.
Namun bagi PRU-14 atas nama Pakatan Harapan dan kewujudan parti-parti baru lainnya dengan fokus 'satu lawan satu' menjadi agenda Amanah di negeri itu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Sekarang ini atas nama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU14 nanti, dengan kehadiran beberapa parti baharu termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan fokus ‘satu lawan satu’ menjadi agenda untuk menumbangkan BN sepertimana agenda yang turut di bawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menewaskan BN kelak.
"Amanah Perak serahkan kepada Pakatan Harapan atau gabungan yang bakal dibentuk dengan beberapa parti yang lain untuk meneruskan agenda membela rakyat di kerusi-kerusi tersebut.
"Agar hasrat menumbangkan BN akan tercapai jika semua pihak bekerjasama untuk mengalahkan BN pada PRU14 nanti dan jangan ada yang menjadi pengkhianat untuk mengekalkan BN terus memerintah," ujar bekas menteri besar Perak itu.
No comments:
Post a Comment