Tinggal beberapa hari sahaja sebelum #BERSIH5. masih ada masa untuk cari kawan2 untuk anda bergerak bersama sama ada dari Jalan Bangsar atau Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.
Bangun awal pagi dan berkumpul jam 10 pagi di salah satu tempat. Sediakan apa yang patut. Pakai pakaian yang sesuai, bawa payung atau baju hujan, bawa sepanduk, bawa garam dan air, bawa suara dan semangat anda ke jalan raya dan tuntut Malaysia baru!
Pastikan anda tidak bawa anak kecil. Pastikan anda tidak membawa barang-barang berbahaya. Pastikan anda tidak lupa kad pengenalan anda. Duit? Bawa secukupnya. Jangn kurang, jangan lebih.
Jika berlaku provokasi, tenang saja, kawan. Pastikan anda mengikuti arahan pasukan keselamatan dari BERSIH. Jadilah demonstran yang bertanggungawab. Pastikan anda dan orang keliling anda TIDAK melakukan atau membalas semula apa-apa provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Paling penting sekali, penganjur berharap agar para demonstran tidak bertindak atau menggunakan bahasa yang berunsur rasis, seksis, dan (mencerca mana-mana warganegara). BERSIH 4 menyaksikan kejayaan kita semua dalam mencapai erti "perhimpunan AMAN". Jadi, ayuhlah kita, bersama-sama, Satukan tenaga, untuk sebuah Malaysia Baru!
#BERSIH5 #19November #10Pagi #JalanBangsar#MasjidNegara #Turun

No comments:
Post a Comment