Salah seorang samseng Pasir Salak terpaksa ditegah dari bertindak ganas di perkarangan Parlimen.
Apa sikap MP Bukit Gantang bajet 2017 peringkat JK jadi tandatanya
Apakah pendirian sebenar ahli parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dalam pengundian Bajet 2017 peringkat jawatankuasa kini menjadi tanda tanya.
Ini kerana, hanya seorang sahaja ahli parlimen yang mengu di berkecuali manakala 105 menyokong dan 73 menolak Bajet 2017 peringkat jawatankuasa yang berlangsung Selasa lalu itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, seorang yang mengundi berkecuali sah Pasir Pueth iaitu Datuk Dr Nik Mazian.
"Dia sah berkecuali kerana dia duduk sebelah saya, saya tahu," kata Mahfuz ketika ditanya siapakah anggota parlimen yang mengundi berkecuali dalam pengundian belah bahagi itu.
Menurut beliau, hanya tiga wakil rakyat Pas yang ada dalam parlimen ketika itu iaitu beliau, Nik Mazian dan Idris.
"Saya tak tahu Idris undi apa tetapi dia tukang kira blok dia masa itu," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.
Mahfuz sendiri tidak dapat tentukan apa yang diundi oleh Idris, yang pasti bukan berkecuali kerana Speaker mengumumkan berkecuali hanya seorang sahaja dan ia adalah Nik Mazian.
"Idris sokong atau menentang Bajet 2017 peringkat jawatankuasa tu saya tak pasti," kata Mahfuz ketika dihubungi.
Ketika peringkat perbentangan, semua ahli parlimen Pas mengambil sikap bekecuali kecuali Mahfuz yang mengundi menolak Bajet 2017 itu manakala PKR, DAP dan Amanah menolak bajet itu.
No comments:
Post a Comment