Pages

Thursday 3 November 2016

[Video MP BN 'GELABAH Beruk' Bila LKS & LGE Serang Najib Isu 1MDB] Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak.

Jumaat, 4 November 2016

Anwar: Cenderung kepada China petanda Najib terdesak

 | November 3, 2016
Anwar berkata kebergantungan berlebihan kepada China dalam ekonomi negara adalah sesuatu yang membimbangkan.
Anwar-Najib

cihna
Diplomat veteran itu memberi amaran China kini semakin rakus di Malaysia meluaskan pengaruhnya di rantau Asia Tenggara.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini.
Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan.
“Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita.
“Ia juga menunjukkan petanda terdesak,” kata bekas ketua pembangkang itu kepada wartawan.
Beliau hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar semakan kehakiman dalam kes mencabar Pengarah Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak dibenarkan hubungan fizikal ketika lawatan ahli keluarga.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.
Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Semalam, PKR, DAP dan Amanah dalam kenyataan bersama melahirkan kebimbangan terhadap pembiayaan China dalam ECRL.
“Ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia menjadi lebih bergantung kepada China dalam jangka masa panjang jika negara (China) menggunakan model yang dipasang di negara lain,” kata kenyataan Pakatan Harapan.
Anwar berkata Najib perlu segera mengakui keadaan ekonomi kini “huru-hara”.
“Lebih cepat dia akui, lebih baik. Bayangkan, selepas 2 minggu Bajet, semuanya naik (harga). Saya kesal, selepas Bajet, kerajaan naikkan harga barang keluaran negara seperti minyak sawit,” katanya.
FMT.

No comments:

Post a Comment