Pages

Sunday, 20 November 2016

[Video 'Terima kasih abang polis' bergema] Ehh, Ngape TUTUP MUKA baju merah? Malu ke! Perbezaan Bersih 5 & Baju Merah (Umno?) dan Perhimpunan LASAK Pas.

Ahad, 20 November 2016


Amat berbeza dgn himpunan lasak mcm rumah kenduri kat kampung saja....takdirrrr

Biar gambar berbicara.

BANGSAR - 50 RIBU
JALAN TUN PERAK - 45 RIBU
MASJID NEGARA - 40 RIBU
KLCC - 60 RIBU

Baju Merah, Kuning? PAS juga nak buat himpunan warna lain

Gambar fail NSTP/ABDULLAH YUSOF
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar
Jika sebelum ini ada himpunan Baju Merah dan Kuning (BERSIH), apakah selepas ini akan ada satu lagi himpunan yang bakal dianjurkan oleh PAS dimana mereka awal-awal lagi sudah membuat pendirian untuk tidak bersama dalam mana-mana himpunan dianjurkan.

PAS yang sudah tidak lagi sebulu dengan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan menolak himpunan BERSIH 5 yang dipelopori musuh mereka DAP dan PAN (Parti Amanah Negara) tetapi mereka akan menganjurkan satu himpunan sendiri yang dinamakan Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) seminggu sebelum BERSIH 5.
TMM



Negarawan

Buluh! Nak buat ape tu merah?

Tangkapan Bersih 5: Lapan dibebaskan, lima mungkin esok

Seramai lima ahli politik dan tiga aktivis yang ditahan sebelum perhimpunan Bersih 5 semalam dibebaskan hari ini.
Kesemua mereka telah ditahan pada Jumaat lalu dan disiasat atas pelbagai kesalahan.
Mereka ialah Urusetia Bersih 2.0 Mandeep Singh; ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng; ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan; aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
Bercakap kepada pemberita selepas pembebasan tersebut, peguam Ramkarpal Singh berkata, perintah reman ke atas lapan individu tersebut tamat pada hari ini, oleh itu, mereka dibebaskan.
"Setakat yang saya tahu keseluruhan proses (boleh dicirikan) sebagai tahanan dengan niat untuk menghalang penyertaan mereka dalam Bersih 5.
"Ini adalah hal yang sangat memalukan kerana kita tidak nampak sebab atau keperluan untuk menangkap mereka semua pada malam sebelum Bersih," katanya.
Ramkarpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, polis mempunyai masa yang cukup untuk menangkap dan menyoal anak guamnya sebelum Bersih 5.
"Jelas sekali, ini semua dilakukan dengan niat untuk menggagalkan Bersih 5," ujar beliau lagi.
Lima lagi yang ditahan semalam dijangka dibebaskan esok.
Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen DAP Anthony Loke; aktivis Hishamuddin Rais dan Adun DAP Howard Lee.
Artis Fahmi Reza, yang membawa karikator Najib Razak dijangka direman sehingga esok.
Semua ditahan di bawah Kanun Keseksaaan atas tuduhan merusuh.


No comments:

Post a Comment