Kamu tidak curi, tidak rasuah, tidak rompak, tidak angkut balak, kenapa mahu takut? #Bersih5
Rasis!! Percubaan untuk mengeruhkan keadaan. Motif, mereka mahu kerajaan declare DARURAT. Bila dah declare darurat sendiri mahu ingatlah. Tu lah dia game Ameno Najib dan Jamal Jamban!!
Lokasi; Hadapan pejabat pos Sekinchan.
Himpunan Bersih tidak sia-sia, bawa perubahan positif dalam demokrasi negara
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Biarpun perhimpunan Bersih didakwa UMNO Barisan Nasional sebagai sia-sia, ia terbukti membawa pembaharuan positif di dalam sistem demokrasi negara.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia boleh dilihat melalui pelbagai dasar baru yang terpaksa dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran desakan demi desakan yang dibuat oleh Bersih 2.0.
“Penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan undian dua kali, rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di kedutaan dan tidak perlu lagi pulang ke sini – semua perubahan ini berlaku kerana adanya perhimpunan Bersih.
“Rakyat Malaysia dari semua kaum, agama dan jantina bersatu dalam satu suara dan berjaya mendesak kerajaan membuat perubahan yang hanya terjadi selepas berdekad lamanya,” ujarnya.
Menurut Setiausaha Publisiti Wanita DAP itu, perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Malah, ia mungkin mengambil masa bertahun, asalkan rakyat bersatu hati dalam menegakkan nilai-nilai demokratik.
“Hak berhimpun adalah dijamin di bawah Perkara 10 (a) Perlembagaan Persekutuan. Perhimpunan Bersih 5 yang akan datang ini tidak pernah menghalalkan protes ganas atau membuat sebarang ancaman keganasan kepada mana-mana institusi.
“Oleh itu, kita semua tanpa mengira kaum, agama dan jantina mesti bersatu bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil dapat dilaksana,” tegasnya.
Perhimpunan Bersih 5 yang akan berlangsung pada 19 November ini (Sabtu) akan diadakan di tiga lokasi utama di seluruh negara iaitu Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment