Ingatkan cepat tersungkur dlm kelab malam je..Rupa2nya dlm demo pun cepat tersungkur...panglima tahik kucing.
Hak untuk berhimpun dengan aman
SYAHREDZAN JOHAN
14 NOVEMBER 2016
(Foto arkib) Orang ramai mula memenuhi kawasan di sekitar Dataran Merdeka.
DI negara ini, kebebasan untuk berhimpun adalah hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun tanpa senjata.
Hak ini sememangnya bukan mutlak. Perlembagaan Persekutuan membenarkan hak ini untuk disekat oleh Parlimen. Parlimen boleh menggubal undang-undang yang mengenakan sekatan yang perlu bagi kepentingan keselamatan Persekutuan atau ketenteraman awam. Namun demikian, apa-apa sekatan yang dikenakan harus berkadar dengan tujuan sekatan itu dikenakan. Sekatan yang keterlaluan, melangkaui tujuan kepentingan keselamatan Persekutuan atau ketenteraman awam adalah tidak berperlembagaan.
Akta Perhimpunan Aman (APA) adalah undang-undang yang utama berkenaan dengan perhimpunan aman di Malaysia. Harus diingati bahawa Akta ini hanya mengendalikan perhimpunan aman tanpa senjata dan bukannya rusuhan, protes ganas dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya terdapat apa-apa perhimpunan yang mana pemprotes membuat ugutan untuk memudaratkan orang atau merosakkan harta benda, maka perhimpunan itu bukan lagi sebuah perhimpunan aman dan pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan.
Sebelum ini di bawah Seksyen 27 Akta Polis, penganjur sebuah perhimpunan seharusnya mendapatkan permit daripada pegawai yang menjaga daerah polis (OCPD) di mana perhimpunan itu akan diadakan. Sekiranya suatu perhimpunan dilangsungkan tanpa permit, maka perhimpunan itu menjadi perhimpunan haram dan sesiapa yang menghadiri perhimpunan itu melakukan kesalahan.
Seksyen 27 Akta Polis telah dimansuhkan dan digantikan dengan APA. Di bawah APA, tidak ada lagi syarat untuk mendapatkan permit, sebaliknya penganjur harus memberi notifikasi kepada OCPD. Selepas notifikasi diberikan, OCPD boleh mengenakan syarat-syarat dan sekatan yang perlu, tetapi tidak boleh menghalang terus atau mengharamkan perhimpunan tersebut.
Berlainan dengan sebelum ini, apa-apa perhimpunan yang berlangsung tanpa notifikasi bukanlah suatu perhimpunan haram. Penganjur melakukan kesalahan di bawah APA sekiranya notifikasi tidak diberikan, tetapi perhimpunan tersebut tidak boleh diharamkan. Peserta-peserta juga tidak boleh dipersalahkan.
Pihak polis mempunyai kuasa untuk mengawal mana-mana perhimpunan, tetapi dengan matlamat untuk membolehkan perhimpunan itu berlangsung. Tetapi sekiranya suatu perhimpunan itu bertukar ganas, atau mana-mana peserta melakukan jenayah, pihak berkuasa juga punya kuasa untuk menghentikan perhimpunan tersebut dan menyuraikan peserta-peserta.
Bagaimana pula dengan perhimpunan balas? APA membenarkan perhimpunan serentak, tetapi jika perhimpunan serentak itu adalah untuk menghalang perhimpunan lagi satu, maka ini tidak dibenarkan. Hak di bawah Perlembagaan tidak boleh digunakan untuk menghalang hak orang lain untuk mengamalkan hak mereka.
Amalan hak berhimpun telah menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan beberapa tahun ini. Nampak gaya, tidak seperti sebelum ini, pihak berkuasa lebih rela membenarkan dan memastikan perhimpunan dilangsungkan dengan aman tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini, walaupun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Rakyat juga semakin sedar akan hak mereka untuk berhimpun dengan aman.
Ini penting kerana hak untuk membantah dan berdemonstrasi adalah suatu unsur penting dalam mana-mana negara demokratik. Rakyat mesti dibenarkan berhimpun dengan aman untuk meluahkan perasaan mereka tentang sesuatu isu atau perjuangan, bebas daripada sekatan tidak munasabah, gangguan atau ugutan daripada mana-mana pihak.
Diharapkan pihak berkuasa akan mendukung kemahuan rakyat untuk mengamalkan hak mereka yang sememangnya telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, selagi hak tersebut diamalkan dengan aman dan tanpa senjata.

SH.
No comments:
Post a Comment