Pages

Thursday, 22 December 2016

Hadi bersama ulama Iran? Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom...Hadi ke Tehran mewakili Pas, kata Dewan Ulama.

Jumaat, 23 Disember 2016
Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.
Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Menurut Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah dalam satu kenyataannya, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".
Namun, katanya, apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.
Katanya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.
Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.
"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.
"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah juga menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid dalam kenyataan itu yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.

Kehadiran Hadi ke Tehran mewakili Pas, kata Dewan Ulama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ikiri) ketika menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Tehran.
Kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran mewakili parti itu, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau menegaskan, dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, Pas mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin.

No comments:

Post a Comment