BN= BANGKRAP NEGARA?
TERBARU.. Subsidi minyak masak pula TELAH DIHAPUSKAN !!
KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin AMENO dikurangkan dan elaun 'boros' ROSMAH juga dihapuskan !!!..
p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DrMAZA.com !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!
JANGAN LUPA.. "BN BERI NIKMAT"
https://www.facebook.com/ DrMAZA/posts/ 10154699537747990
KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin AMENO dikurangkan dan elaun 'boros' ROSMAH juga dihapuskan !!!..
p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DrMAZA.com !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!
JANGAN LUPA.. "BN BERI NIKMAT"
https://www.facebook.com/
Ringgit terus jatuh, rakyat makin gelisah
Kos harian rakyat meningkat akibat nilai ringgit susut mewujudkan ‘angin’ tidak baik di kalangan penduduk di Malaysia
“Saya tidak boleh janji abang boleh beli kereta ini tahun depan dengan harga sama seperti ditawarkan sekarang. Syarikat terpaksa naikkan harga kereta nanti sebab ringgit jatuh,” demikian kata-kata jurujual kereta kepada penulis baru-baru ini.
Ungkapan itu membuatkan penulis menggaru kepala yang tidak gatal sambil mencongak simpanan dan jumlah gaji sambil bertanya, sama ada cukup modal untuk mendapatkan kereta baharu tahun hadapan.
Itu adalah kisah penulis pada penghujung tahun 2016 yang dibelenggu dengan penguncupan saiz poket dan kesukaran untuk berbelanja.
Ketika bimbangkan nilai ringgit yang berterusan jatuh yang mana pasti meningkatkan harga keperluan asas, penulis sekali lagi resah dengan kenaikan harga petrol.
Kebelakangan ini, harga minyak mentah dunia menunjukkan pemulihan lantaran konsensus antara negara pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran.
Amnya, ia adalah berita baik buat warga dunia, khususnya kerajaan Malaysia yang kekurangan pendapatan akibat penyusutan harga minyak mentah dunia sebelum ini.
Namun, daripada aspek lain, pengguna biasa seperti penulis akan terjejas kerana harga minyak pada kadar yang murah tidak lagi boleh didapati.
Maka, kos pengangkutan pengguna biasa seperti penulis akan bertambah bagi menuju ke destinasi tertentu.
Mod pengangkutan awam pula masih lagi belum meluas di negara ini, menyebabkan penulis bersama majoriti rakyat Malaysia kekal menggunakan kenderaan bermotor untuk bergerak.
Itu belum lagi termasuk kos penyelenggaran kenderaan bermotor yang mana harga alat ganti sudah tentu akan naik berikutan penyusutan nilai ringgit dan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Perkara sekecil ini amat sensitif kepada rantaian ekonomi domestik kerana lazimnya pengguna akan sentiasa mencari kaedah untuk memindahkan bebas kos kenaikan kepada pengguna lain.
Sebagai contoh, ada rakan penulis yang bekerja sebagai perunding perkahwinan sudah membuat kira-kira untuk menaikkan caj perkhidmatannya kerana mahu menyerap kos kenaikan akibat nilai ringgit susut.
Secara tidak langsung, kos kenduri perkahwinan akan naik dan tentunya membebankan bakal pengantin yang mahu membina hidup baharu bersama pasangan masing-masing.
Harga minyak yang bakal naik kelak dan kemerosotan teruk nilai ringgit mutakhir ini harus ditangani dengan tuntas dan berkesan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada pihak berkuasa.
Pendek kata, purata pendapatan penduduk Malaysia terutamanya golongan pertengahan di negara ini harus ditingkatkan bagi membolehkan enjin ekonomi terus dijana dengan berkesan, di samping golongan miskin terus dibela.
Pemberian wang tunai secara one off (Bantuan Rakyat 1Malaysia) perlu difikirkan semula kerana ia tidak lestari dan tidak menjana sumber kekayaan baharu mampan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanapun, penulis bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan China bagi mewujudkan jaringan pengangkutan antara Pantai Barat dengan Pantai Timur dengan membina keretapi laju.
Begitu juga pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Pembinaan infrastruktur pengangkutan sebegini mewujudkan kekayaan baharu dalam kalangan rakyat Malaysia selain merapatkan jurang pendapatan.
Namun, kesannya bukan boleh dirasai ketika sehinggalah projek itu siap sepenuhnya. Justeru, dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia sememangnya berada dalam ‘mood’ tidak baik.
Tiada ‘good feeling’ dalam kalangan rakyat Malaysia, melainkan ada perubahan pucuk pimpinan dan nilai ringgit dipulihkan.
Yang pasti, apabila Parlimen dan Dewan Negeri dibubarkan untuk pilihan raya umum nanti, tentu parti pemerintah 101% akan bergelut mengurus persepsi pengundi yang tiada ‘good feeling’.
No comments:
Post a Comment