Pages

Tuesday, 10 January 2017

Kerajaan P. Pinang akan beri ganjaran kepada Faiz Subri...Jadi 'siapakah' sebenarnya yang gila? Hidop Nazri! Hidop Najib! Hidop Umpno!

Selasa, 10 Januari 2017
Foto Ismail Salleh.
Foto Ismail Salleh.
Ismail Salleh telah menambah 2 foto baru
15 jam
Sedang menunggu Pengumuman The Fifa Puskas Award di rumah bapa Faiz Subri di Pida 6 Jerlun. ..Turut hadir Dato Mahfuz Omar, Dato Dr Ismail Salleh, KP Amanah Kedah Sdr Asmirul Aris..
DOAKAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI UNTUK MENCIPTA SEJARAH BOLASEPAK TANAHAIR KITA.
Faiz Subri kini di Zurich Switzerlad.
KENYATAAN DARI AYANDA BELIAU ...
DARI PIDA KE ZURICH
Pida 6 , Jerlun
10 Januari 2016

Kerajaan P. Pinang akan beri ganjaran kepada Faiz Subri

Faiz Subri menerima anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
Faiz Subri menerima anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perbincangan akan diadakan terlebih dahulu sebelum memutuskan apakah bentuk sumbangan sebagai menghargai jasa pemain tengah itu setelah mengharumkan nama negeri dan negara.
"Pencapaian Mohd Faiz adalah sesuatu yang unik kerana beliau merupakan rakyat Malaysia pertama berdiri di pentas yang disaksikan seluruh dunia (dalam bidang bola sepak).
"Ingin saya tegaskan, kejayaan Mohd Faiz adalah kerana kerja kuat, dedikasi dan disiplin beliau sebagai seorang pemain bola sepak dan ia bukanlah kerana hanya nasib," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Lim berkata kejayaan Mohd Faiz juga diharap dapat dijadikan suntikan semangat dan contoh kepada generasi muda untuk kuat berusaha dalam mencapai kejayaan dalam apa juga bidang.
Mohd Faiz dipilih sebagai antara tiga finalis anugerah berprestij itu yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Isnin.
Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah, ketika membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Feb tahun lepas.
Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
BERNAMA

Siapakah sebenarnya yang gila?

Jan 10, 2017 · 09:42 AM · 99
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz mensifatkan Dr Mahathir Mohamad ” Gila” kerana mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing kerana katanya tanah itu tidak boleh dibawa balik ke negara asal mereka.
SIAPAKAH SEBENARNYA YANG GILA?
Pendatang dari China mulanya hanya membeli beberapa buah kedai di bandar- bandar di Malaya dan tidak membawa kedainya balik ke China tetapi akhirnya menjadikan semua bandar-bandar di Malaya dan Malaysia sebagai bandar China.
Kerajaan British dan seterusnya Kerajaan Malaya dan Malaysia mengekalkan tanah simpanan Melayu supaya orang Melayu tidak boleh menjual tanah dengan sewenang -wenang kepada orang asing dan bagi mengekalkan pemilikan Melayu dan penempatan Melayu.
Jika liberalisme Nazri wujud sejak lepas merdeka di era Tunku (Abdul Rahman) dan Tun Abdul Razak barangkali sudah tidak ada kampung Melayu hari ini seperti tidak adanya lagi penguasaaan Melayu ke atas Felda kecuali hanya di atas kertas.
Oleh kerana adanya kesedaran nasionalisme yang tinggi di bawah kepimpinan Tun Razak dan mahukan orang Melayu berada di bandar-bandar untuk membolehkan orang Melayu menyaingi orang China maka Tun Razak telah menginisiatifkan penubuhan UDA untuk membina kedai- kedai atau tapak perniagaan bagi orang Melayu.
Dr Mahathir menerusi PNB (Permodalan Nasional Berhad) telah berjaya merampas semula seluas lebih 200,000 ekar tanah getah dan kelapa sawit yang dimiliki oleh British (Guthrie) menerusi serangan waktu subuh di London Stock Exhchange pada 7 September 1981.
Maka itu sudah lah sampainya bagi memenuhi nafsu liberalisme dan globalisme Najib & Nazri, kita hapuskan Tanah Simpanan Melayu kerana tanah-tanah itu menurut peguam Umno yang tidak gila atau pun tidak tiga suku Nazri Aziz tidak akan boleh dibawa balik ke nagara China.
Malaysia boleh jadi negara China tanpa orang China membawa balik tanah negara ini ke negara China.
Hidup Nazri! Hidup Najib! Hidup Umpno!
TMM.

No comments:

Post a Comment