Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip berkata, "Dari bermukah dengan Umno, baik bernikah terus, tak baik cara begini."
Zahid menjawab kritikan Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang berkata, Pas sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi tidak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata Nik Amar, kerjasama politik sekiranya berlaku sekalipun hanya melibatkan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan pengerusi parti itu.
“Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.
“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden Umno,” katanya.
Tindakan ini sama dengan apa yang dibuat DAP terhadap Pas sebelum ini, sedia bekerjasama dengan Pas tetapi tidak dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Zahid, apa yang dibuat oleh Pas sekarang benar-benar menguntungkan Umno.
Bagi Zahid, kenyataan ini Nik Amar ini membayangkan kegembiraan pemimpin Pas yang sudah selesa berada dalam dakapan Umno dan BN.
Bagi beliau, Pas lebih baik bernikah terus dengan Umno dari bermukah, bersekedudukan dan melakukan 'persetubuhan haram' sebegini.
Bagi beliau, Tun Mahathir mempunyai banyak jasa selepas memerintah negara ini selama 22 tahun.
"Isu sebenar yang negara hadapi adalah isu 1MDB, SRC, RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.
"Ini Pas tak cakap, ia isu rakyat yang boleh digunakan untuk tumpaskan Umno," katanya.
Menurut beliau, apa yang berlaku sekarang adalah jika Umno berbangga dengan 'Jamal', Pas pula berbangga dengan Nik Amar.
"Saya harap lepas ini tidak ada pula pihak yang memanggil dia Nik Amar Jamban pula sebagaimana yang dikenakan kepada Jamal," kata Zahid merujuk kepada Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
No comments:
Post a Comment