Pages

Thursday, 5 January 2017

[Video Jomblo Happy] Rafizi cadang Najib naikkan BR1M kepada RM40K beli Proton Iriz! Kenapa Menteri BN ni semua tak berapa cerdik...Ringgit terbabas lagi!

Jumaat, 6 Januari 2017


Foto Suara Rakyat.

Sumbangan BR1M maksimum adalah hanya RM1200.

Kalau bahagi setahun hanyalah RM100 sebulan.

Nak downpayment kereta pun tak cukup.

Kenapa Menteri BN ni semua tak berapa cerdik.. bahasa mudah BODOH ??!!

Macam budak tadika aje level IQ.


Foto Suara Rakyat.
Nak jadi Menteri..
Nak jadi Pengerusi PNB..

..syaratnya WAJIB pandai menipu & perbodohkan rakyat.

DAN LAGI...
"Ringgit kini merupakan mata wang Asia paling kukuh, tepis dakwaan musuh politik" -PM Najib Razak (13/4/2016)

‘Boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber’


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.
"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.
"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.
"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.
Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment