Bila fikir2 memang betoi gak bukan salah Najib ini semua salah rakyat yg memilih BN dulu.memang patut lah Najib lepas tangan.betoi dak hampa2..kikiki
Melayu kini terima DAP, kata Zaid
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rata-rata masyarakat Melayu kini telah menerima DAP dan akan menolak Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Buktinya, warga Melayu mengundi calon-calon DAP di banyak kerusi separa bandar pada pilihan raya umum yang lalu.
"DAP dan parti pembangkang lain tidak akan menang begitu banyak kerusi jika orang Melayu benar-benar menentang DAP.
"Orang Melayu tidak akan menunjukkan secara terang-terangan rasa tidak senang tetapi tidak akan mengundi Umno lagi.
"Mereka mungkin tidak hadir ceramah DAP atau menyertai parti itu sebagai ahli tetapi mungkin memberi sokongan kepada DAP di peti undi," jelas Zaid dalam blognya.
Beberapa hari yang lalu, Zaid yang merupakan bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan (Kita) menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau dilaporkan akan mengumumkan parti yang akan diwakili untuk ditandingi apabila PRU14 semakin hampir sambil mengakui selesa bersama parti pembangkang.
“Buat masa ini, saya belum mewakili mana-mana parti dan belum tahu mahu mewakili mana-mana parti.
“Tengok keadaan dahulu, boleh cakap saya ini adalah parti pembangkang kerana saya tolong Parti Amanah Negara (Amanah)..saya juga tolong PKR.
“Mungkin apabila sudah dekat PRU14, saya akan umumkan sendiri. Tetapi, kalau ada yang beri tawaran, kalau saya rasa dapat membantu, saya akan pertimbangkan dan bertanding,” kata beliau lagi.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, jika pembangkang mahu memenangi pilihan raya umum akan datang, semua parti harus percaya untuk bekerjasama dengan DAP bagi memaksimumkan peluang membentuk kerajaan baru.
"Jika sesetengah daripada mereka masih tidak selesa dengan DAP, maka sekarang masa untuk tersedar kerana rakyat termasuk masyarakat Melayu tidak lagi takut DAP.
"Apa yang rakyat mahu sekarang ialah melihat struktur pembangkang yang tersusun supaya mereka boleh merasa yakin untuk menolak (Datuk Seri) Najib (Razak)," tambah Zaid.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment