Pages

Monday, 30 January 2017

[Video] Tun M - PPBM teruskan hubungan dengan PH & Mahathir sudah hilang kerusinya...'agar tidak kesipuan'? Azmin puji kerajaan DAP Pulau Pinang

Selasa, 31 Januari 2017



Mahathir sudah hilang kerusinya.

Azmin puji kerajaan DAP Pulau Pinang

Datuk Seri Azmin Ali berbual mesra dengan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (tengah) dan Lim Guan Eng sambil menikmati limau mandarin di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Bandar Taiping, semalamDatuk Seri Azmin Ali berbual mesra dengan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (tengah) dan Lim Guan Eng sambil menikmati limau mandarin di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Bandar Taiping, semalam
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuji kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sangat menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau berkata, kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menguruskan ekonomi dan kewangan dengan cekap wajar dijadikan contoh di peringkat Putrajaya.
"Kita harus berasa gembira kerana negeri Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng telah menjadi negeri contoh yang akan kita laksanakan di peringkat Putrajaya.
"Beliau telah meletakkan asas yang cukup kuat, sebuah negeri yang cukup demokratik dengan menguruskan kewangan dan ekonomi dengan telus dan bertanggungjawab.
"Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu, India dan kaum-kaum lain berasa amat selesa di bawah pimpinan Lim Guan Eng," katanya.
Azmin berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Dewan Persatuan Kwang Tung, Taiping semalam.
Majlis anjuran Pakatan Harapan Taiping itu turut dihadiri Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.
Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi tetamu khas di Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan PerakMenteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi tetamu khas di Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, negeri itu di bawah Pakatan Harapan turut menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh dengan mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat.
"Kita juga mengambil contoh yang sama. Selangor juga sebuah negeri yang maju tetapi kemajuan ini tidak ada gunanya kalau rakyat tdiak mendapat manfaat.
"Ekonomi di Selangor sekarang berkembang maju. Selangor merupakan negeri yang terbesar menyumbang kepada KDNK negara. Kita menyumbang 25 peratus kepada ekonomi negara.
"Selangor dan Pulau Pinang kita boleh gunakan kekayaan ini untuk serah balik kepada rakyat. Hanya beberapa hari yang lepas Selangor melancarkan skim perlindungan perubatan dan kesihatan atau skim peduli sihat untuk rakyat Selangor.
"1,000 klinik swasta yang berdaftar di Selangor menyediakan khidmat kesihatan kepada rakyat Selangor yang mendaftar untuk skim ini," katanya yang juga Ahli parlimen Gombak.
Justeru katanya, rakyat Perak harus memilih Pakatan Harapan di negeri itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) jika mahu kebajikan mereka terjaga.
"Kalau rakyat negeri Perak mahukan kebajikan terbela, sokonglah Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang akan datang.
"Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Nizar dahulu, saya percaya telah membuktikan bila diberi Amanah, beliau melaksanakan amanah itu dengan baik sebelum berlaku rampasan kuasa oleh BN.
"Saya mahu rakyat Perak juga melakukan perubahan. Kalau kita bekerja kuat, rakyat akan percaya kepada kita," katanya.Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Bandar Taiping meriah dengan kehadiran orang ramai Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak di Bandar Taiping meriah dengan kehadiran orang ramaiMalaysia Dateline

No comments:

Post a Comment