FAKTA..!!
Majoriti GRO & pelacur dari komunis-China..
Aset2 negara dah tergadai pada komunis-China..
K'jaan buat hutang lagi RM55 bilion pada komunis-China..
Tanah2 Melayu bakal milik komunis-China..
SEMUA INI SIAPA PUNYA ANGKARA ??!
Cina-DAP ka?, PKR ka?, PKR ka? PPBM ka?
Sokong lah lagi KERAjaan BN
Majoriti GRO & pelacur dari komunis-China..
Aset2 negara dah tergadai pada komunis-China..
K'jaan buat hutang lagi RM55 bilion pada komunis-China..
Tanah2 Melayu bakal milik komunis-China..
SEMUA INI SIAPA PUNYA ANGKARA ??!
Cina-DAP ka?, PKR ka?, PKR ka? PPBM ka?
Sokong lah lagi KERAjaan BN
Pemuda Amanah sifatkan Nik Abduh lidah Umno
Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bahawa DAP menentang Islam sebagai kenyataan bersifat propaganda bagi membangkitkan api perkauman berasaskan sentimen agama.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, perjuangan DAP dan parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan sebenarnya adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan oleh kleptokrat Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, usaha tersebut adalah perjuangan yang dituntut Islam seperti mana hadis Nabi, "Jihad paling afdhal adalah berkata benar terhadap pemimpin yang zalim".
"Kenyataan YB Nik Abduh jelas beliau kini menjadi lidah Umno yang hanya bergantung kepada sentimen perkauman dengan menyerang DAP. Perdana Menteri dan kabinetnya tidak mampu lagi menjawab isu dan skandal yang sedang merantai mereka.
"Oleh kerana, Pas dilihat tidak mahu bersama Pakatan Harapan, maka adalah jelas Pas tidak mahu membentuk kerajaan baru tetapi mahu menyelamatkan Umno. Menyelamatkan Umno bermakna Pas tidak mahu membela rakyat daripada kesusahan dan kezaliman dan seterusnya enggan untuk menyelamatkan negara daripada kleptokrasi.
"Perjuangan menumbangkan kleptokrasi adalah perjuangan utama rakyat sekarang dan tuntutan utama Islam kerana Allah melarang kita daripada cenderung kepada kezaliman (Hud:113)," dipetik daripada kenyataan beliau hari ini.
Sehubungan itu, kegagalan Nik Abduh untuk meletakkan perjuangan menumbangkan Umno-BN, ujarnya, hanya akan menyebabkan rakyat terus menderita.
"Kini, adalah masa untuk semua rakyat tidak mengira kaum dan agama bangkit membebaskan negara daripada kezaliman dan korupsi. Usah biarkan negara ini terus dikuasai kleptokrasi. Pas jelas hanya mahu memecah belah pakatan pembangkang dan Pakatan Harapan seharusnya terus mara ke depan dan biarkan Pas ditolak rakyat kerana sikap mereka untuk bersekutu dengan Umno adalah pilihan mereka," tegasnya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, keputusan kerajaan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menaikkan harga barang termasuk petrol dan rumah, berbelanja mewah dan membazir bukan sahaja oleh kerajaan malahan isteri Perdana Menteri sendiri menunjukkan Umno tidak mengutamakan kebajikan rakyat yang sedang hidup menderita dan tertekan dengan keadaan ekonomi negara hari ini.
"Skandal penyelewengan dan korupsi 1MDB, Felda, Mara dan banyak lagi agensi kerajaan telah menyebabkan kejatuhan nilai ringgit yang kesannya telah membebankan rakyat. Hutang negara akibat penyelewengan dan korupsi ini perlu ditanggung rakyat terutama generasi muda.
"Generasi muda hari ini bukan sahaja sukar mencari pekerjaan malahan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak akibat salahurus tadbir kerajaan. Bukankah semua perkara ini satu kezaliman terhadap rakyat yang wajib ditentang?" bidasnya.
"Seharusnya semua pihak bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini bagi membentuk pakatan yang kuat untuk membentuk kerajaan baharu yang bersedia melakukan reformasi kepada sistem yang korup ini berasaskan kepada prinsip integriti dan urus tadbir yang baik (good governance)," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment