Video detik Kim Jong-Nam diserang 2 suspek utama di KLIA 2 didedahkan
Video bunuh Jong Nam tersebar, polis siasat MAHB
MAHB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek keselamatan di lapangan terbang termasuk klia2 dan polis hanya membantu.
KUALA LUMPUR: Polis diarah menjalankan siasatan ke atas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagaimana rakaman kamera litar tertutup yang dikaitkan dengan kes kematian Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2), boleh disiarkan media asing.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek keselamatan di lapangan terbang termasuk klia2 dan polis hanya membantu.
“Itu yang kita siasat (siapa edar rakaman CCTV), rakaman tersebut mungkin tak daripada polis kerana yang mengurus lapangan terbang ialah MAHB, yang melantik anggota keselamatan ialah MAHB, polis bantuan.
“Polis sedang menyiasat pihak MAHB, siapa yang buat… kerana sudah tentu bukan polis, saya tidak mahu PDRM dipersalahkan dalam pengedaran video tersebut, pengurusan di bawah MAHB, MAHB kena bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis serah tugas Yang Dipertua Pemadam di sini hari ini.
Rakaman berdurasi 2.33 saat di klia2 itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu dan tular di media sosial sejak Ahad lalu.
Pada 13 Feb lalu, Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.
Jong Nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
FMT.
No comments:
Post a Comment