Pages

Saturday, 11 February 2017

[Video DAP Bukanlah Jembalang Momokkan Najib] MENCHINAKAN NEGARA! Ingatkan DAP yang buat, tapi UmnoBN yang melaksanakannya...Akibat cakap-cakap anti ChinaKomunis, Forest City pikat pembeli lain

Ahad, 12 Februari 2017

Ingatkan DAP yang akan menCHINAkan negara MALAYSIA, tapi BN yang melaksanakannya.

MENCHINAKAN NEGARA MALAYSIA - DARI UTARA KE PANTAI TIMUR SEMENANJUNG TANAH MELAYU
PROLOG:
30 juta rakyat Malaysia dihimpit kesusahan untuk hidup dengan pelbagai tekanan cukai dan harga makanan serta kediaman yang mencanak naik. Kejatuhan ekonomi dan keadaan perniagaan yang mencabar menyebabkan 40, 000 telah dibuang kerja. Peniaga kecil Bumiputera paling terkesan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Kerajaan kleptokrasi berbangga kerana permintaan terhadap pemberian belas ikhsan BR1M untuk membolehkan rakyat hidup telah bertambah. Jumlah maksimum yang diterima ialah RM100 sebulan dan penerima BR1M meningkat setiap tahun. 7 juta atau 23% dari rakyat Malaysia menerima BR1M. Ini bukti kemiskinan telah melanda rakyat Malaysia.
GEMPAR:
1. Isu penjualan tanah di Dataran Lang untuk pembinaan condo mewah yang akan dibangunkan oleh kontractor China hanyalah sebahagian dari projek menjadikan Langkawi sebagai ‘Monaco of the East’ yang tentunya lebih hebat dari Singapura yang juga mahu menjadi ‘Monaco of the East’. Apakah yang akan terjadi kepada 99 buah pulau-pulau Langkawi Geopark, dengan gunung ganang berumur 550 juta tahun di Langkawi yang tentunya adalah khazanah yang sangat tinggi nilainya? Akan tergadaikah jua?
2. RM43 billion off-shore trading port (atau military port?) di Melaka dikenali sebagai Melaka Gateway akan menggantikan Singapura sebagai pelabuhan dagang utama di Asia Tenggara. Pelabuhan ini nanti mengesahkan hak dan tuntutan negara China ke atas seluruh laluan Selat Melaka.
3. RM100 billion Bandar Malaysia a.k.a Bandar China adalah bandar bawah tanah terbesar di dunia. Bandar Malaysia / Bandar China ini akan melengkapkan laluan sutera koridor China antara Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan. Dibina di atas tanah 486 acres yang dulunya adalah Sg Besi Airport, tanah ini adalah milik China sepenuhnya.
4. RM100 billion Forest City di atas lautan yang ditambak di Johor Bahru adalah bandar buatan China yang menakutkan masyarakat dunia kerana gahnya pembangunan di situ. Dengan menempatkan hampir sejuta rakyat China dan Singapura, Forest City bakal menjadi Shenzhen ke 2.
5. RM55 billion pinjaman dari China untuk membina Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa lebih ramai orang China ke Malaysia. Sebidang tanah bernilai RM5.85 bilion juga akan terjual dan berpindah milik kepada China untuk membolehkan pembinaan ECRL.
6. RM1.58 billion Pembangunan pelabuhan mega membesarkan Pelabuhan Kuantan mengiktiraf penguasaan China terhadap Laut China Selatan yang ingin dikuasainya selama ini. Apatah lagi telah terbina struktur-struktur kepunyaan China di Pulau Spratly di Laut China Selatan.
EPILOG
Lengkap sudah kehadiran dan penguasaan China di Malaysia. Ini akan memudahkan 1.4 billion penduduk China mempunyai penempatan baru sebagai alternatif untuk berpindah ke sebuah negara kaya yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

Posted by Kedah Lanie

Akibat cakap-cakap anti China, Forest City pikat pembeli lain

 | February 11, 2017
Pemaju projek mega itu kini beralih mencari pembeli dari Asia Tenggara, India dan Timur Tengah.


china_Forest-City_6001
KUALA LUMPUR: Pemaju China bagi projek mega di Johor sedang cuba mengurangkan kebimbangan yang tercetus akibat semakin banyak keterlibatan China di Malaysia.
Forest City, di mana ribuan rumah berjaya dijual sejak pembinaan projek itu bermula setahun lalu, menjadi subjek kepada kebimbangan dalam negara berikutan pembelinya yang ramai dari China akan berduyun-duyun memenuhi zon Iskandar Malaysia.
Pemimpin seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran yang pembangunan itu akan menyebabkan lambakan warga asing, sementara ada juga sesetengah pihak berkata projek itu bakal melemahkan harga hartanah.
Dalam laporan Financial Times hari ini, pemaju Country Garden berkata ia akan meluaskan rangkaian pelanggannya dengan memasukkan pembeli dari Asia Tenggara, India dan Timur Tengah.
Setakat ini, kira-kira 70% pembeli dari China.
Laporan itu memetik Ketua Pegawai Strategi Country Garden, Runze Yu sebagai berkata China mengambil berat mengenai masyarakat setempat dan alam sekitar.
“Di Forest City kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan kualiti, di mana kami mengambil berat mengenai masyarakat setempat dan alam sekitar,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini, Malaysia dan China kelihatan mengukuhkan ikatan, dengan pelabur China mendanai projek peluasan pelabuhan di Melaka, dan rancangan jaringan kereta api laju dari Kunming menerusi Bangkok dan Kuala Lumpur ke Singapura.
November lalu, 2 negara itu menandatangani 14 perjanjian bernilai RM144 bilion, pencapaian bersejarah bagi kedua-dua negara.
Dr Mahathir sebelum ini berkata perjanjian 2 negara itu akan menyebabkan kebanjiran warga asing ke forest City yang akan diberi kelayakan menjadi warganegara jika cukup tempoh menetap mereka di sini.
Terletak di 4 pulau buatan manusia, Forest City akan menempatkan 700,000 orang di kawasan seluas 4 kali besarnya Central Park di New York.
Ia akan mempunyai menara pejabat, taman, hotel, pusat beli-belah dan sekolah antarabangsa, dikelilingi dengan kehijauan.
FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...



    ReplyDelete