Hadi ulangi pendirian tidak akan kerjasama dengan Bersatu
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Pas sebelum ini.
“Terpulang kepada dia (Bersatu) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi Pas ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila hari ini.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Hadi yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata Bersatu memberi tempoh sebulan untuk Pas membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Jawatankuasa Induk Bersama Bersatu dan Pas sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
CommentsMalaysia Dateline
Timbalan Mursyidul Am Pas ajak pemimpin Umno, Bersatu duduk sepentas esok
No comments:
Post a Comment