Pages

Monday, 6 February 2017

[Video Menteri UmnoBN cakap macam tak tau apa!] RINGGIT JATUH BAIK UNTUK EKONOMI & NEGARA! Ha, ha, ha, Kejatuhan ringgit Mydin dah RUGI!

Isnin, 6 Februari 2017

gst
Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia 

Foto Suara Rakyat.

Kenapa nilai matawang Dollar S'pore semakin hari semakin jauh meninggalkan Ringgit M'sia ??.. begitu juga Baht Thai.

kerana di S'pore & Thai... TIADA Penyangak UMNO!!!

Menteri UMNgOk kata.. RINGGIT JATUH BAIK UNTUK EKONOMI & NEGARA !!!

RM1 = Baht Thailand
6/2/2014 : 9.8758
6/2/2015 : 9.1684
6/2/2016 : 8.5543
6/2/2017 : 7.9216



Kejatuhan ringgit, bukan GST - punca kerugian Mydin


Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian ditanggung Mydin Mohamed Holdings Bhd pada 2016, dan bukan disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau dasar-dasar kerajaan.
Pengarah Urusannya Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata pengusaha pasar raya besar Mydin di seluruh negara mengalami kerugian disebabkan penurunan nilai ringgit kerana kebanyakan daripada produknya diimport.
"Paras ringgit berbanding dolar AS adalah pada 3.65 pada 1 April, 2015, berbanding kira-kira 4.42 setiap dolar AS ketika ini. Itulah berapa banyak ringgit yang telah turun dalam tempoh itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Ameer berkata kelemahan ringgit berbanding dolar AS telah menyebabkan Mydin terpaksa membayar harga lebih tinggi lagi bagi produk yang dipesannya, tanpa menaikkan harga kepada pengguna.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan yang tersebar dalam media sosial mendakwa pasar raya besar itu mengalami kerugian disebabkan dasar dan pentadbiran kerajaan sekarang.
Ameer menegaskan beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa dalam laporan-laporan itu, dan tidak pernah mengkritik pentadbiran sekarang, walaupun ada beberapa dasar-dasar yang diperkenalkan mungkin menjejaskan perniagaan.
Menurutnya, GST tidak pernah menjadi punca kepada kerugian itu kerana cukai tersebut hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini.
Beliau berkata Akta Anti Pencatutan menyukarkan Mydin untuk menaikkan harga produknya kerana proses itu remeh, memerlukan perniagaan untuk menyatakan alasan terperinci mengapa mereka perlu menaikkan harga bagi mana-mana produk tertentu yang mereka jual.
Justeru itu, katanya, sukar untuk memindahkan kos kepada pengguna, kerana kelemahan ringgit telahpun menyebabkan penurunan kuasa beli, yang seterusnya menjejaskan perniagaan kumpulan.
- Bernama
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment