Pages

Monday, 20 February 2017

[Video M'sia Tak Perlu Cukai GST] Najib/Umno/BN tidak mempunyai idea...RM1,500 (BR1M) boleh habis sekelip mata! KERAJAAN BN GAGAL: Sebanyak 5,153,238 rakyat M'sia masih miskin.

Isnin, 20 Februari 2017

Foto Pemuda Amanah Nasional.
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
(20 Februari 2017)
TERIMA KASIH AMBRIN BUANG, SELAMAT BERTUGAS DR MADINAH
1. Pemuda AMANAH Nasional merakamkan jutaan tahniah kepada Tan Sri Dr Madinah Mohamad di atas perlantikannya sebagai Ketua Audit Negara menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari ini. Dr Madinah akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb ini.
2. Dr Madinah seorang tokoh yang berpengalaman dan pernah memegang jawatan tinggi termasuklah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib September tahun lalu. Dengan pengalaman yang ada beliau, kami berharap agar Dr Madinah mampu memegang tugas yang penting ini dengan baik.
3. Pemuda AMANAH Nasional merakamkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Ambrin Buang yang telah berusaha 'sedaya upaya' menjalankan tugas yang terbaik. Kami berharap prestasi Jabatan Audit Negara akan dapat dipertingkatkan seterusnya mengangkat integriti institusi penting negara ini.
4. Harapan besar kami dan seluruh rakyat Malaysia agar isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat dirungkai secara adil. Pemuda AMANAH Nasional mendesak Ketua Audit Negara yang baharu ini berusaha untuk deklasifikasi laporan audit ke atas skandal-skandal mega seperti 1MDB agar dapat dilihat dan dinilai secara umum tanpa sebarang sekatan.
5. Dalam suasana negara yang terhimpit dengan pelbagai skandal ini, Dr Madinah memegang tugas yang sangat mencabar. Kami mendoakan beliau dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan ini dengan penuh amanah dan telus dalam mengangkat martabat Malaysia yang kita cintai ini.
Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja
MOHD SANY HAMZANLebih
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

KERAJAAN BN GAGAL : LEBIH 5 JUTA RAKYAT MASIH MISKIN


Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah diluluskan kerajaan setakat ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.
Najib berkata bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok.
"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.
"Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450," katanya menerusi catatan terbaharu menerusi laman blognya, www.najibrazak.com.
Data di atas membuktikan bahawa masih terlalu rakyat miskin di negara ini. Kerajaan BN hanya memberikan 'ikan' bukan pancing. Ikan boleh habis sekelip mata. Tetapi jika pancing yang diberi mereka sudah tentu boleh menggunakan pancing tersebut untuk mendapatkan ikan.
Wang sebanyak RM1,500 boleh habis sekelip mata sahaja sekarang kerana kos hidup yang semakin tinggi. Ternyata kerajaan BN tidak mempunyai idea dan program yang mampu memberi kesejahteraan hidup jangka panjang kepada rakyat.
Posted by 

No comments:

Post a Comment