Pages

Tuesday, 7 February 2017

[Video] 'Musnahlah sudah sebuah Pangkalan Tentera' & Jika BERSATU bersama PAS, BN menang - Dr M

Selasa, 7 Februari 2017

Foto Otai BERSIH.

#gadaisemuamelayutakkisah

Kiriman Umum
Ashyraf Superleggera
9 jam
Tahniah..Syabas kepada pemimpin MELAYU negara..ekonomi negara akan lebih berkembang maju lps ni..nasib baik negara tidak dipemimpin oleh pemimpin cina..#gadaisemuaMELAYUtakkisah #asalkanMELAYU ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Otai BERSIH telah menambah 2 foto baru
10 jam
Debu Dlm Suci...huhu
TEWAS / Tertawanlah / Musnahlah sudah sebuah Pangkalan Tentera Malaysia kpd pehak musuh dgn cara yg paling tdk bermarwah / tanpa berperang.
1MDB PERLU SAHKAN SAMA ADA PERBEZAAN NILAI URUSNIAGA SEBANYAK RM2.13 BILION MELIBATKAN PENJUALAN BANDAR MALAYSIA ADALAH BERSABIT PEMINDAHAN DAN NAIKTARAF 6 KEM TENTERA UDARA

Jika BERSATU bersama PAS, BN menang - Dr M


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menangkis kenyataan bahawa parti berkenaan perlu menyertai blok pembangkang bersama PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelas bekas perdana menteri itu, sekiranya BERSATU bersama PAS, maka ia akan memberi peluang kepada BN untuk menang dalam pilihan raya ekoran perpecahan undi.
"Aritmetik (perkiraan), itu tidak benar. Jika kita pergi bersama PAS, mereka (DAP) akan menjadi pembangkang dan kita perlu lawan tiga penjuru dan ia akan pecahkan undi.
"Dan ia akan menyebabkan BN menang," katanya pada sidang media selepas sesi meja bulat 'Selamatkan Malaysia' di Petaling Jaya, hari ini.
Ahad lalu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda jika PKR dan BERSATU meninggalkan Pakatan Harapan serta menyertai blok ketiga parti Islam berkenaan.
Kata timbalan menteri besar Kelantan itu, peluang untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 akan lebih terbuka sekiranya dua parti berkenaan menyertai blok pembangkang PAS.
PAS sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan tetapi masih terbuka sebarang kemungkinan dengan BERSATU.
BERSATU kini dalam rundingan bersama PAS bagi memastikan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment