Pages

Thursday, 9 February 2017

[Video] PAS Kelantan Akan Tewas Jika Hadi Terlalu Rapat Dengan Najib UMNO...Tuduh terima RM90 juta, PAS akan saman Husam...SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!

Khamis, 9 Februari 2017


TUESDAY, DECEMBER 27, 2016

Kenapa Pas masih tak saman Sarawak Report?



  Apa sudah jadi dengan ancaman Pas keatas Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report yang tuduh Hj Hadi terima RM90 juta dari PM Najib?

  Ramai yang bertanya, kalau tuduhan itu hanya fitnah, kenapa Pas masih teragak-agak nak saman Sarawak Report?

 Menurut Takiyuddin surat itu telah dihantar kepada Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London, England, mengemukakan 3 tuntutan dan surat berkenaan berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

 Sejak 16 Ogos lagi Hj Hadi kata nak saman Sarawak Report dan Takiyuddin, Setiausaha Agong Pas, umumkan pada 25 Oktober lalu, nak hantar surat kepada editor Sarawak Report ... 

 Orang ramai yang terus tertanya-tanya dan menunggu perkembangan seterusnya... hanya dimaklumkan bahawa surat tu baru sahaja dihantar pada 13 Disember yang baru lalu ....

   Kini perkara yang sama terus berlaku. Kini tempoh tujuh hari yang diberi kepada Clare supaya menarik semula tuduhan tersebut sudah seminggu berlalu begitu sahaja. Masih belum nampak ada perkhabaran baru mengenainya.

 Empat bulan sudah berlalu dan orang ramai mahu melihat tindakan keras diambil ke atas Sarawak Report yang memfitnah Hj Hadi kononnya menerima RM90 juta dari PM Najib.

 PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK.

 Sekadar penafian sahaja tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang ulama agong taraf dunia. Mana bisa seorang ulama ternama sepertinya difitnah menerima sogokan dari seorang yang dikenali dunia sebagai Kleptokrasi!  

Catatan Oleh 

Thursday, 9 February 2017

SAMAN, SAMAN, SAMAN...JANGAN TAK SAMAN!!

Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.

Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.

Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.

Kenapa Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui internet?

Di mana Hadi Awang sendiri, Mohd Amar Nik Abdullah, Nasaruddin Tantawi atau Nik Abdul Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?

Dalam video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat mengenainya menjelang pilihanraya umum akan datang.

"Jadi masa pilihanraya esok-esok  kita buat  tubiklah (keluarkan maklumat mengenai wang melalui Affin Bank itu) kalau dia (Pas) dengan UMNO. 

"Kalau dia tidak dengan UMNO, UMNO yang buat tubik (keluarkan maklumat itu)," kata Husam lagi.

Jika benar apa yang disebut Husam itu, bermakna bukan saja Penasihat Amanah Kelantan itu yang ada maklumat mengenai wang yang didakwa disalurkan kepada Pas melalui Affin Bank, malah ia juga berada dalam genggaman UMNO.

Ini sudah bahaya beb...

Tiada lain, hanya satu cara saja untuk Pas membersihkan namanya sekarang ini iaitu segera menyaman Husam. Biar di mahkamah nanti Husam mendedahkan segala bukti-bukti berdasarkan apa yang pernah disebutnya itu.

Jika dapat menunjukkan bukti, maka di pihak yang benarlah Husam, manakala jika sebaliknya, bersihlah pula nama Pas.

Tetapi, ia mesti dimulakan dengan Pas terlebih dahulu menyaman Husam. Kalau tidak berani atau berlengah-lengah mengambil tindakan saman terhadap Husam, keyakinan ramai ialah mungkin benar Pas ada menerima wang daripada Najib atau UMNO sebagaimana yang didakwa itu.

Seperti kes saman Pas terhadap Sarawak Report, setelah sekian lama iaitu sejak Ogos 2016 portal tersebut menyiarkan berita berkaitan dana RM90 juta itu,  notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik artikel sebaliknya hanya dihantar kepada editornya, Claire Brown pada 13 Disember yang lalu.

Meskipun diberi tempoh seminggu untuk memberi respon dan Sarawak Report tidak mengendahkan notis tuntutan itu yang bermakna ia sedia berjumpa di mahkamah, malangnya sehingga menjelang pertengahan Februari 2017 sekarang ini,  masih juga tiada khabar berita mengenai saman tersebut.

Maka, di mana-mana orang mula bertanya, Pas mahu saman atau tidak sebenarnya?

Kenapa mengambil masa begitu lama dan bertangguh lagi sedangkan alasan sambutan Krismas di London yang dikatakan berlarutan sehingga pertengahan Januari yang menyebabkan urusan saman tertunda sebelum ini sudah pun lama berlalu?

Janganlah pula dalam mahu menyaman Husam ini, Pas mengambil masa yang begitu lama juga sepertimana yang dilakukannya kepada Sarawak Report itu.

Pas kali hanya ada satu pilihan terhadap Husam jika benar ia tidak pernah menerima wang RM90 juta itu. Saman, saman, saman dan jangan tak saman!! 

Jika tidak, sepertimana yang disebut Husam, kalau bukan beliau, UMNO yang akan mendedahkannya menjelang pilihanraya nanti. (SH 09/02/2017)
Posted by 

Tuduh terima RM90 juta, PAS akan saman Husam

 | February 9, 2017
Tuan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat itu dan mendakwa ia sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report.

tuan-ibrahim-husam-musa-pas
PETALING JAYA: PAS hari ini bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Husam Musa yang menuduh parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat dibuat penasihat Amanah Kelantan itu.
“Fitnah jahat ini adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.
“PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya.
Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa PAS menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah pihak guaman parti itu juga diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat dibuat Husam itu sebelum mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat.
FMT.

No comments:

Post a Comment