Pages

Friday, 10 February 2017

[Video] PH dan Bersatu boleh menang Putrajaya walaupun 3 penjuru...Sebab, 'Umno dan Pas kini benar-benar sekapal'!

Sabtu, 11 Februari 2017



Antara rumah penduduk yang ditenggelami lumpur dan tidak lagi boleh diduduki.
Antara rumah penduduk di Temangan Machang yang ditenggelami lumpur dan tidak lagi boleh diduduki.

PH dan Bersatu boleh menang Putrajaya walaupun 3 penjuru, kata Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin walaupun terpaksa bertembung tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, Pakatan Harapan dan sekutunya Bersatu akan berjaya mengambil alih Putrajaya.
Bahkan, beliau yakin Amanah dan rakan-rakannya juga akan berjaya mengambil alih Kelantan dari Pas.
"Kalau 26 tahun lalu Pas berusaha menumbangkan Mat Yaakob (Tan Sri Mohamad Yaakub), kini Mat Yaakob (Datuk Ahmad Yakub) juga bakal ditumbangkan di Kelantan oleh Pakatan Harapan dan Bersatu," katanya dalam Dialog Terbuka Isu-isu Semasa di sebuah hotel dekat Kuala Terengganu hari ini.
Penanda Aras
Beliau yang menjadi tetamu khas dialog anjuran Amanah dan Pakatan Harapan Terengganu itu yakin, kajian yang dibuat oleh Invoke menjadi penanda aras yang hampir tepat dengan senario politik negara dan Mohamad yakin usaha Invoke akan membantu Pakatan Harapan pada PRU 14.
Dalam ucapannya, Mohamad menjelaskan, China kini menjadi pesaing utama kepada Amerika Syarikat dalam menguasai ekonomi baru dunia.
Orang Islam pula, katanya kini berada pada tahap paling bawah dalam urus tadbir negara.
Beliau memberikan contoh bagaimana Taliban di Afghanistan gagal apabila mendapat kuasa dan saling berbunuhan sesama sendiri kerana gagal menjadi kerajaan yang baik.
"Kita lihat Somalia lebih 30 tahun berbalah sesama sendiri sampai menghalalkan darah orang Islam. Ini semua kerana pemikiran takfiri yang amat merbahaya," katanya.
Umno dan Pas kini sekapal
Bagi beliau, Umno dan Pas kini benar-benar duduk sekapal.
"Mereka dah berganding bahu bersama-sama ke Myanmar dalam satu kapal," katanya.
Beliau juga mengimbau kenyataan Almarhum Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Nor yang berkata adalah khurafat meletakkan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah.
"Kini khurafat itu kembali bila pemimpin Pas meletakkan harapan pada Umno masih bagus memerintah Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment