Pages

Saturday, 4 February 2017

[Video 'FELDA Bakal Melabur di Ladang KETUM'] Rakyat FELDA Bangkit! Jengka 8 peneroka sebagai haramjadah (kata Najib)! Peneroka FELDA, berhentilah jadi hamba abdi!

Sabtu, 4 Februari 2017



Image result for Gambar Felda jengka 8
Related image

SATURDAY, 4 FEBRUARY 2017


Rakyat FELDA Bangkit!

Malam tadi, pakatan pembangkang mengadakan suatu ceramah di Jengka 8, dalam daerah Jerantut. Ramai peneroka hadhir untuk mendengar ceramah. 70% dari hadhirin ialah peneroka tempatan dari Jengka 8.Inilah Jengka yang Najib melabelkan sebahagian peneroka sebagai haramjadah!

Jumlah hadhirin sangat baik jika dikira dalam konteks peneroka FELDA. Selama ini peneroka dan warga FELDA diugut dan diancam dengan pelbagai peraturan. Buang dari rancangan lah, susah anak nak dapat bantuan lah. Orang Melayu ugut orang Melayu. Demikian hal nya.

Oleh kerana ceramah ini diadakan dipinggir rancangan FELDA Jengka 8, maka tidaklah ada sekatan2 dari pihak FELDA atau pegawai2 seranta UMNO yang diletak dalam FELDA. Pegawai serantau yang tidak sedar diri dan berlagak macam komisar kominis. Dia ingat rancangan FELDA ini sebuah commune agak nya. Fungsi mereka hanya sebagai pemantau yang memantau selera politik peneroka. Selain itu, ugut, gertak peneroka.

Kebetulan malam itu, hanya beberapa ratus meter dari tapak ceramah anjuran pakatan pembangkang, UMNO mengadakan suatu pesta cabutan bertuah, berkugiran, menyediakan hadiah2 lumayan, motorsikal, telepon bimbit , 1000 tiket bola percuma dan hadiah pakej umrah.

Najib dan soldadu2 nya, tahu saikoloji orang Melayu. Dia pernah berkata kepada saya, orang Melayu yang paling mereka suka ialah dapat semua nya free. Minda rentier class ternyata paling lengkap dalam diri orang Melayu. Kalau mereka dapat sesuatu kerana kesemulajadian diri mereka, itulah yang sangat disukai mereka. Oleh kerana mereka ada hak milik keatas jenama Melayu dan Islam, mereka rasa berhak mendapat percuma dari dunia ini.

Namun demikian itu pilihan sebahagian orang Melayu. Mereka berhak membuat pilihan asal sahaja mereka menghormati pilihan yang berlainan dari mereka.

Malam tadi, himpunan hiburan anjuran UMNO tidak buat kacau kepada himpunan politik anjuran parti2 pembangkang. Itu sudah baik.Terima Kasih daun keladi.

Mengenai mana yang lebih baik, terserah pada peneroka yang akan diterjemah dalam PRU14 nanti.

Apa sebetulnya yang ditakuti oleh peneroka? Tanah rancangan tetap dijaga dan dipelihara jika parti pembangkang ambil alih.

Yang takut akan gantian kerajaan ialah orang yang ada kepentingan2. Mungkin ianya termasuk ketua blok yang menjadi saksi timbangan buah tandan bersih dan pengiraan kadar perahan. Jika mereka komplot dengan pengurus rancangan dan pengurus kilang, mereka inilah yang takut kerajaan yang akan memestikan ketelusan.

Yang takut ialah pegawai FELDA yang menyembunyikan fakta2 hasil dan pengiraan kos operasi. Berapa sebetulnya hasil peneroka setelah dipotong kos2 operasi dan lain2 caj? Peneroka menuntut penyata kewangan yang jelas dan telus.

Yang takut kerajaan baru ialah golongan berkepentingan yang menjadikan FELDA sebagai sumber mencuri wang. Mereka yang korap dan rasuah dan menggunakan kedudukan dan jawatan mengaut duit FELDA- merekalah yang takut.

Peneroka FELDA cemas melihat tahap hutang mereka. Hutang peneroka jika dihitung secara purata ialah sebanyak RM80k seorang. Bagaimana hutang ini mahu dijelaskan? Kita perlukan RM6-7 billion untuk clear hutang peneroka.

Kerajaan baru akan melihat semula- sama ada akan menyusun semula hutang tersebut, atau menyerap 50% dari hutang, atau menyerap semua. Semua ini akan dipertimbangkan.  Kerajaan yang korap dan mengamal perompakrasi tidak berani melakukan ini.

Kemudian, bayaran dari kilang mestilah tunai pada bulan semasa. Setiap kali peneroka menghantar BTB ke kilang, ianya mesti dibayar tunai. Dengan ini, peneroka sentiasa ada tunai dalam tangan.

Sementara kita melakukan ini, mengurus wang persendirian dan mengurus kewangan- itu adalah tanggungjawab peneroka.

Kita bercadang mengembalikan kedepanan/prominence KPF. Dalam keadaan harga saham FGV sekitar RM1.50-RM1.70, KPF boleh mengembalikan maruah peneroka. 2 bilion saham yang ada dalam pasaran bernilai sekitar RM5-6 billion. Kita mahu KPF beli semua saham outstanding ini dan bayar keluar baki 40% yang dipegang oleh FELDA/FGV. Ertinya, KPF akan jadi pemilik 100% FGV.

KPF kemudian bolehlah melantik pengurusan yang lebih cekap dari yang ada sekarang. Anggota lembaga terdiri dari ketua2 peneroka yang dipilih secara demokratik dan yang boleh menunjukkan bakat.

Kita mahu masa depan FELDA diletak dalam tangan FELDA sendiri. Jangan harapkan orang lain. Bangkit dan bina kekuatan sendiri. Jangan mahu bergantung hidup kepada UMNO, atau mana2 pertubuhan politik.

Peneroka FELDA, berhentilah jadi hamba abdi!





Kebangkitan rakyat FELDA tidak dapat disekat!
Posted by Ariff Sabri

No comments:

Post a Comment