Nadwah Ulamak Nahdah Jadidah (NUNJI'17)
#MediaOren
#MediaOren
'Saya rujuk sumber rasmi PBB isu Yaman'
ULASAN Saya merujuk dan berterima kasih kepada kenyataan "Bekas Troop Yaman" yang tidak memberi nama beliau, kerana memberi peluang saya mengulas lagi isu Yaman. Ini respons saya kepada kenyataan tersebut.
Kenyataan saya adalah berasaskan beberapa sumber termasuk Laporan Rasmi 63 muka surat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), yang telah dibentang di PBB dua minggu lepas. Kalau "bekas troop Yaman" ini tidak setuju kenyataan saya, ada juga anggota "troop masih di Arab Saudi" yang "mengadu" kerana tidak setuju peranan Malaysia di Riyadh bersubahat dengan Amerika, Britain dan Perancis dalam operasi pengeboman orang awam Islam di Yaman.
Benar anggota tentera kita terlibat di peringkat lebih awal membawa keluar rakyat kita keluar dari Yaman sama juga dengan negara-negara lain. Apa yang disebut dalam laporan 63 muka PBB adalah penglibatan Malaysia di Riyadh bersama Amerika, Britain dan Perancis tetapi tiada nama negara lain disebut dalam laporan itu. Tuduhan saya mempunyai asas laporan rasmi PBB. Penglibatan Amerika bukan dengan tenteranya memasuki Yaman sahaja tetapi seperti Malaysia, "menyumbang bersubahat" dari Riyadh dengan pelbagai "cara lain".
Saya tidak pernah menghina tentera Malaysia malahan saya sangat bersimpati dengan keadaan tekanan diarah terpaksa bekerja dengan Amerika dan sekutu barat dalam perancangan serta operasi mengebom negara Islam Yaman. Seperti apa berlaku di Iraq tentera Amerika bukan Islam sendiri yang tidak bersetuju "memberontak" dan membocorkan maklumat dalaman. Saya percaya ramai anggota kita turut rasa bedosa bersubahat dengan Amerika dalam mengebom orang sesama Islam Yaman yang kecil dan miskin. Kami memang ada menerima maklumat.
Saya bersetuju dengan kenyataan "bekas troop Yaman" yang Datuk Hishamuddin rapat dengan Timbalan Putera Mahkota Saudi saperti juga sepupu beliau Datuk Najib rapat dengan keluarga di Raja Saudi yang bermurah hati "menderma rm 2.6 billion" pada Perdana Menteri. Di atas sebab pertalian erat dan terhutang budilah mungkin Datuk Najib dan Datuk Hishamuddin sanggup bekerjasama dengan sekutu Saudi termasuk Amerika menyerang saudara Islam kita di Yaman. Sejak Latihan Tentera "Northern Thunder" dengan sekutu Saudi saya telah menyoal di Parlimen kenapa Malaysia merupakan negara tunggal bukan Arab - Afrika dan bukan dari rantau tersebut mengambil bahagian. Terhutang budi secara peribadi oleh Perdana Menteri menyebabkan Malaysia terpaksa menjadi ‘Pak turut’ Arab Saudi serta sekutu Amerikanya. Mengapa takut sangat hendak bantah Amerika apabila tujuh negara Islam dianiayai. Adakah siasatan Jabatan Peguam Amerika – DOJ dalam isu skandal 1MDB Najib menjadi penghalang?
Bantahan di kedutaan Amerika pada 3 Februari tidak disertai oleh wakil Kerajaan- Umno- BN serta sekutunya langsung walaupun Malaysia mempunyai lebih dari 30 orang Menteri Kabinet. Sekatan Amerika melibatkan 7 Negara Islam yang pernah diserang Amerika termasuk Yaman. Mengapa takut sangat hendak bantah Amerika apabila 7 Negara Islam dianiayai. Adakah siasatan Jabatan Peguam Amerika – DOJ dalam isu skandal 1MDB Najib menjadi penghalang? Pelancaran Flotilla Rohingya bukan alasan yang munasabah. Mengapa usul kami isu Rohingya di Parlimen pada November 2016 ditolak oleh Kerajaan UMNO-BN dan tidak di sokong oleh PAS,tetapi di luar Parlimen berhimpun sakan dua rakan baik baru-baru ini ?
Tentang keselamatan nelayan di Laut China Selatan, mengapa Malaysia mengambil masa begitu lama untuk memulakan rondaan bersama Indonesia dan Filipina baru tahun ini?Sudah 3 Menteri dalam masa 15 tahun tidak mengambil perjalanan tetapi memberi prioriti kepada hal ehwal Arab Saudi.
Oleh kerana "bekas troop Yaman" menyebut peristiwa saya membawa anak saya lari keluar dari Australia, saya ingin menyatakan disini ia adalah disebabkan sikap prejudis negara besar Barat terhadap Islam. Selama tujuh tahun saya bersendirian berhadapan undang-undang mahkamah Barat tanpa mendapat keadilan yang sepatutnya. Mengapa pula Malaysia bersekongkol bersubahat dengan Amerika dan sekutu barat yang anti Islam serta pro Israel menyerang saudara Islam kita di Yaman yang begitu kerdil dan miskin?

Akhir sekali, tuduhan "bekas troop Yaman" bahawa saya menghina anggota tentera Malaysia kita tidak berasas sama sekali. Malahan kenyataan saya tentang peranan Malaysia menyerang negara kerdil lagi miskin Yaman disambut baik oleh mereka kerana apabila sebuah negara kaya besar seperti Arab Saudi berganding tenaga dengan sekutu mereka dengan "sokongan aktif" kuasa besar barat Amerika, Britain, Perancis dan Malaysia dari Riyadh, emosi anggota tentera kita amat tertekan. Kerana itulah kami menerima maklumat bocor "dalaman" selain dari laporan PBB.
Soalan saya kepada Menteri Pertahanan tentang penglibatan "secara aktif" anggota Tentera Udara di Raja Malaysia masih belum dijawab. Saya meminta maklumat lanjut juruterbang kita yang terlibat yang saya ingin jawapan. Saya mengasaskan penulisan saya dari sumber kajian dan maklumat Laporan Rasmi PBB setebal 63 muka dan aduan anggota Malaysia yang terlibat di Arab Saudi. Kenapa satu majlis pengkebumian melibatkan beribu orang awam di Sanaa di bom oleh sekutu Saudi dengan alat canggih dan bantuan Amerika dari Riyadh dimana Malaysia turut berkerjasama? Seramai 292 orang awam terbunuh dan hampir 500 tercedera. Selain dari laporan PBB, Media BBC, New York Times, sumber dalaman Malaysia sendiri membuat laporan yang sama. PBB menyatakan 80 peratus serangan dikategorikan sebagai serangan jenayah perang di mana Malaysia terlibat. Tuduhan jenayah perang adalah satu tuduhan yang serious yang PBB tujukan kepada Malaysia dan juga sekutu lain Amerika.
Penulisan saya bersumberkan penyelidikan dari beberapa sumber. Tidak ada anggota tentera Malaysia yang tidak akan tersentuh tekanan perasaan apabila diperintah bersubahat menyerang Negara Muslim kerdil dan miskin Yaman atas arahan kuasa besar Amerika dan sekutu lain Arab Saudi yang kaya, termasuk Malaysia. Saya tidak menghina anggota tentera kita, saya sebenarnya membantu menyampaikan keluhan dari mereka yang tertekan menerima arahan dari mereka yang berkuasa dan yang kaya untuk menzalimi yang lemah dan miskin di Yaman.
No comments:
Post a Comment