Pages

Saturday, 18 February 2017

[Video Tun M beri AMARAN kpd PAS] Pas berpecah dua? 10 Kritikan Terhadap Skim PR1MA.

Sabtu, 18 Februari 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Suka Halaman Ini · 15hb Februari 

10 Kritikan Terhadap Skim Khas Perumahan PR1MA Demi Rakyat
oleh Jawatankuasa Perumahan Pemuda AMANAH

Berikutan pengumuman PR1MA dalam Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) Pemuda Amanah Nasional memuji niat PR1MA dalam membantu orang ramai dalam memiliki rumah. Namun begitu, Pemuda Amanah merasakan bahawa usaha (skim) yang dijalankan akan menggalakkan rakyat memilik rumah secara tidak berhemah. 

1. Berdasarkan analisa yang dijalankan, kami mendapati bahawa melalui skim ini, pembeli PR1MA terpaksa menerima kadar faedah yang lebih tinggi iaitu 4.75% berbanding dengan purata pasaran iaitu 4.45%. Dengan andaian harga seunit rumah adalah RM400,000 dan kadar pinjaman 35 tahun, ansuran bulanan akan lebih tinggi sebanyak RM75. Dalam tempoh 35 tahun, pembeli akan membayar hampir RM32,000 secara lebihan.

2. Skim SPEF ini biarpun murni dari segi niatnya, secara tidak langsung akan menyumbang ke arah peningkatan hutang isi rumah. SPEF melayakkan pembeli PR1MA untuk meminjam jauh lebih banyak berbandng pinjaman konvensional.

3. Jika sebelum ini, jumlah pinjaman yang diberikan bawah sistem konvensional adalah rendah kerana telah mengambil kira “kesihatan” kewangan peminjam.

4. Jadi, relevankah untuk amaun pinjaman ditingkatkan dengan banyak hanya untuk membeli seunit rumah?

5. Bukan itu sahaja, menerusi skim ini, debt service ratio (DSR) ditingkatkan dan ini akan menyebabkan peminjam menanggung lebih banyak hutang berbanding pendapatannya. DSR bawah SPEF adalah 70% berbanding hanya purata 60% bawah pinjaman konvensional.

6. Ini sememangnya membimbangkan kami di pihak Pemuda Amanah kerana langkah ini mendorong ke arah pembentukan “masyarakat penghutang”. Pada ketika ini, kadar hutang isi rumah di Malaysia berbanding pendapatan boleh guna adalah sebanyak 140% dan merupakan antara yang tertinggi di dunia.

7. Malah, lebih membimbangkan adalah, pembeli PR1MA boleh menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membayar ansuran bulanan pinjaman rumah. Jika pembeli memilih kaedah ini, maka sumbangan bulanan 30% ke Akaun 2 akan digunakan untuk pembayaran semula.

8. Kesannya, pada ketika persaraan, si peminjam akan mendapat simpanan KWSP 30% lebih rendah daripada yang sepatutnya. Melalui skim ini, peminjam tidak dibenarkan mengakses akaun 2 KWSP selagi mana pembayaran semula pinjaman rumah tidak selesai.

9. Bukankah ini merisaukan memandangkan Laporan Tahunan KWSP 2015 sendiri mengatakan 68% ahli KWSP berumur 54 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP. Sepatutnya, dengan andaian perbelanjaan bulanan sebanyak RM950, ahli KWSP perlu memiliki sekurang-kurangnya RM228,000 menjelang umur 55 tahun.

10. Pemuda Amanah cukup terkejut bagaimana Bank Negara Malaysia boleh meluluskan skim yang tidak berhemah ini, dalam pada masa yang sama BNM mengeluarkan pelbagai laporan yang menyebut kekhuatiran terhadap paras hutang isi rumah di Malaysia dan kadar wang persaraan persara Malaysia yang semakin mengecil.

Justeru, Pemuda AMANAH memahami akan niat PR1MA selaku badan berkanun bagi meningkatkan pemilikan rumah dikalangan rakyat, namun kami bertegas niat tidak menghalalkan cara, kerana tindakan ini sangat dibimbangi akan mejerumuskan masa depan rakyat ke kegawatan.

Ammar Atan
Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan
Pemuda Amanah Nasional.


Kerjasama dengan Bersatu: Pas berpecah dua?

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya dua kumpulan dalam Pas iaitu kumpulan yang menyokong kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan yang tidak menyokong kerjasama itu.
"Tidak ada dua kumpulan. Ini persepsi yang sengaja dibuat oleh para wartawan," katanya ringkas menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Gombak semalam.
Tuan Ibrahim dan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat bercanggah dalam keputusan berkaitan rundingan dan kerjasam dengan Bersatu.
Abdul Hadi bertegas dengan keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu kerana parti serpihan Umno itu mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.
Namun Tuan Ibrahim kelihatan sedikit lembut apabila berkata rundingan dengan Bersau akan diteruskan.
Sementara itu, mesyuarat semalam masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Tuan Ibrahim berkata, parti Islam itu akan terus mengadakan rundingan dengan Bersatu sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.
"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (Pas) akan teruskan perundingan dengan Bersatu dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.
"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun adanya rundingan dengan Bersatu, namun keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Katanya lagi, 'kerjasama' dengan Bersau itu juga akan dipantau bagi memastikan parti itu tidak bersama parti politik yang menyerang Pas.
"Jawatankuasa Perunding ada beberapa prinsip. Yang nak kita tegaskan ialah walaupun tak ada perjanjian keseluruhan tapi kita tak nak mereka (Bersatu) bersama dengan parti yang menyerang Pas.
"Saya fikir ini adalah polisi biasa.
"(Bagaimanapun) Jawatankuasa Perunding tak ada mandat. Kita hanya runding, lepas runding bawa pada Pusat dan seterusnya pada Majlis Syura," katanya lagi.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




    ReplyDelete