176 pekerja Korea Utara di Sarawak 'hilang'
Written By canang on Jumaat, 31 Mac 2017
Seramai 176 pekerja Korea Utara (Korut) yang bekerja di beberapa tapak pembinaan di Sarawak seolah-olah lenyap tanpa dapat dikesan.
Akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa pekerja berkenaan telah meninggalkan tempat kerja, tanpa membawa barangan, dan tidak ada rekod bahawa mereka meninggalkan negeri itu.
Menurut Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben, secara teknikal, ini bermakna bahawa pekerja berkenaan masih berada di negeri ini.
Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, memetik arahan daripada Putrajaya yang melarang sebarang ulasan berikutan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang semakin renggang.
Ini susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di KLIA2 pada 13 Februari lalu.
Awal bulan ini, wartawan The Borneo Post meninjau salah sebuah tapak pembinaan itu, dan mendapati tidak ada pekerja Korea Utara di sana.Walau bagaimanapun, mereka mendapati barangan mereka termasuk pakaian kerja, peralatan, topi keledar dan but, ditinggalkan di sebuah bilik sementara di tapak itu.
Semakan di tapak sama mendedahkan bahawa kerja-kerja terhenti seketika berikutan tindakan pekerja Korea Utara yang ‘menghilangkan diri’ tetapi bersambung semula dengan pengambilan pekerja tempatan.

9 rakyat Malaysia selamat tiba dari Korea Utara
SEPANG 31 Mac - Sembilan rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba ke tanah air hari ini.
Mereka yang menaiki pesawat khas telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi.
Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.
Sembilan rakyat Malaysia berkenaan adalah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu peribadi Duta Besar), suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya semalam menyatakan rasa syukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.
Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 7.45 petang semalam waktu Malaysia - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment