Sebenarnya 1MDB masih menanggung hutang lebih RM39 bilion – Tony Pua
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa hutang bank dan jangka pendek 1MDB telah selesai seolah-olah mencipta persepsi yang salah bahawa kononnya syarikat bermasalah milik negara itu kini bebas hutang.
Sedangkan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, jumlah hutang 1MDB yang ditanggung Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung masing-masing kini mencecah RM5 bilion dan US$7.73 bilion dengan jumlah keseluruhan melebihi RM39 bilion.
Ini, katanya, termasuk:
Bon 30 tahun bernilai RM5 bilion yang mana dijamin kerajaan Persekutuan
Dua bon 10 tahun bernilai US$1.75 bilion yang mana dijamin oleh syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan sehingga kini dibayar oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc)
Bon 10 tahun bernilai US$3 bilion, dijamin dengan “Surat Sokongan” yang dikeluarkan Menteri Kewangan.
Pendahuluan daripada IPIC bernilai US$1 bilion, dilindungi oleh MoF Inc.
Sekurang-kurangnya US$230 juta pembayaran faedah oleh IPIC bagi pihak 1MDB, dilindungi oleh MoF Inc.
“Jika perkara ini tidak menyebabkan Najib Razak dinobatkan sebagai ‘Raja Pengeliru’ di Malaysia, saya tak tahu nak kata apalah,” katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP dalam kenyataan hari ini.
Najib yang menjawab persoalan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang meminta angka kemaskini berhubung kakitangan 1MDB, aliran tunai, hutang dan aset 1MDB, berkata syarikat itu tidak mempunyai hutang bank dan jangka masa pendek setakat Januari 2016.
“Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai apa-apa hutang bank dan jangka pendek,” kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam. – Roketkini.com
www.likeorange.net Pemuda AMANAH Nasional terpanggil untuk menjawab kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini melalui program Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Kami menegaskan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda khususnya kos sara hidup perlu diselesaikan segera, bukannya menunggu tahun 2050.
Dilema rakyat khususnya golongan muda sering dibangkitkan oleh Pemuda AMANAH dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya dan kini Khairy mengakui akan hakikatnya. Beberapa isu besar yang perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.
*1. PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN GRADUAN*
Minggu lalu, Laporan Tahunan 2016 Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan pengangguran belia atau anak muda telah mencecah 10.7 peratus dalam tahun 2015. Jumlah tersebut lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara pada iaitu 3.1 peratus.
Data ini menunjukkan bahawa pada tahun 2015, seramai 42 peratus daripada kadar pengangguran itu adalah lingkungan umur 20 hingga 24 tahun, manakala 20.4 peratus berumur 25-29 peratus. Golongan berumur 15-19 tahun pula dicatatkan sebanyak 19 peratus.
Laporan itu dengan jelas telah menyatakan dengan terperinci bahawa pengangguran juga sangat tinggi di kalangan graduan iaitu sebabanya 15.3 peratus.
*2. GAJI YANG RENDAH*
Hasil kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati, keseluruhan gaji di Malaysia berlaku peningkatan tetapi sangat perlahan. Median gaji pertengahan tahun ini berada di tahap RM1,600 sebulan berbanding RM1,500 tahun lalu.
Namun di kawasan-kawasan bandar, kenaikan gaji hanyalah sebanyak RM55 sahaja manakala rakyat yang tinggal di pedalaman mendapat gaji kurang dari RM1,200 iaitu sebanyak RM400 kurang dari mereka yang di bandar. Di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, kadar kenaikan menjadi kosong jika kita ambil kira kadar inflasi.
*3. KOS SARA HIDUP TINGGI*
Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Rahmah Ismail, bayaran upah atau gaji di Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran iaitu Singapura tetapi lebih tinggi dari Indonesia dan Thailand.
Namun, perbandingan dengan Indonesia dan Thailand menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah lebih tinggi menyebabkan gaji benar di negara ini jauh lebih rendah.
Dalam masa yang sama, harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain, iaitu kira-kira 30 peratus. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport pelbagai jenis bahan makanan daripada luar negara. Contohnya, negara telah mengimport lebih 90 peratus bekalan susu dan 70 peratus bekalan daging mentah.
*4. HARGA RUMAH MAHAL*
Rumah mampu milik yang dibina setiap tahun hanya 21 peratus berbanding lebih 60 peratus keperluan sebenar. Harga rumah yang melambung tinggi tidak selaras dengan realiti ekonomi rakyat yang menyebabkan 70 peratus rakyat tidak mampu memiliki rumah.
Laporan BNM bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa pasaran perumahan kurang penawaran berbanding permintaan khususnya bagi rumah mampu milik. Peningkatan kadar upah dan rumah pula tidak selari.
*5. KOS PENGANGKUTAN*
Selain peningkatan kos bahan api, makanan, perubatan dan lain-lain, kerajaan juga gagal untuk menyekat daripada berlakunya kenaikan kos pengangkutan. Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhada sangat terkesan apabila kos pengangkutan meningkat termasuklah kos pengangkutan awam.
Isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh rakyat ini wajar diselesaikan secara tuntas, bukannya bermain dengan pelbagai slogan demi kepentingan tertentu. TN50 adalah satu lagi kaedah untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan BN!
Membina Negara Berintegriti
#PemudaBekerja
*MOHD SANY HAMZAN* Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Lepak Politik / KDL.
Pengusaha Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid
PETALING JAYA: Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid.
Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya.
Katanya, ugutan daripaa lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara.
“Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya...kalau nampak depan, muka akan disimbah asid.
“Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis.
Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu.
“Bagi saya, lagi saya melayan dan diperbesarkan, lagi bertambah buruk,” katanya.
Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa operasi gerai Nasi Lemak Gay terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.
Adi tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.
Kemunculan Nasi Lemak Gay ketika kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.
Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman.
Lapor mStar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nama 'pondan' atau 'gay' adalah gambaran pelaku kepada perbuatan 'maksiat'. Lain dengan 'khunsa' yang mempunyai dua alat kelamin. Itu lain hukumnya.
Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.
Allah melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian Allah samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk Allah lain.
Malah lebih menambah kebencian lagi bila golongan tertentu cuba 'menghalal'kan perbuatan tersebut sejajar dengan perjuangan LGBT antarabangsa yang merosakkan Islam.
Mungkin perkara-perkara seperti inilah yang mendalangi perlakuan-perlakuan seperti di atas.
Seramai 176 pekerja Korea Utara (Korut) yang bekerja di beberapa tapak pembinaan di Sarawak seolah-olah lenyap tanpa dapat dikesan. Akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa pekerja berkenaan telah meninggalkan tempat kerja, tanpa membawa barangan, dan tidak ada rekod bahawa mereka meninggalkan negeri itu. Menurut Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben, secara teknikal, ini bermakna bahawa pekerja berkenaan masih berada di negeri ini. Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, memetik arahan daripada Putrajaya yang melarang sebarang ulasan berikutan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang semakin renggang. Ini susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di KLIA2 pada 13 Februari lalu. Awal bulan ini, wartawan The Borneo Post meninjau salah sebuah tapak pembinaan itu, dan mendapati tidak ada pekerja Korea Utara di sana.Walau bagaimanapun, mereka mendapati barangan mereka termasuk pakaian kerja, peralatan, topi keledar dan but, ditinggalkan di sebuah bilik sementara di tapak itu. Semakan di tapak sama mendedahkan bahawa kerja-kerja terhenti seketika berikutan tindakan pekerja Korea Utara yang ‘menghilangkan diri’ tetapi bersambung semula dengan pengambilan pekerja tempatan.
SEPANG 31 Mac - Sembilan rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba ke tanah air hari ini.
Mereka yang menaiki pesawat khas telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi.
Ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.
Sembilan rakyat Malaysia berkenaan adalah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu peribadi Duta Besar), suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md. Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya semalam menyatakan rasa syukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.
Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 7.45 petang semalam waktu Malaysia - UTUSAN ONLINE
Amanah Selangor bakal bertanding di lima kerusi Parlimen, 15 Dun
| ARIF ATAN
Ir Izham Hashim
Amanah Selangor memutuskan untuk bertanding di lima kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.
Pengerusinya, Ir Izham Hashim memberitahu agihan kerusi pada PRU14 ini lebih menumpukan sasaran untuk mencapai peratusan kemenangan yang tinggi berbanding meletakkan banyak calon bertanding tetapi kalah.
"Kita akan pertahankan (kerusi Parlimen) Shah Alam, Kota Raja dan Sepang yang sudah sedia Amanah miliki. Kita juga muktamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat dan Kuala Selangor. Dua kerusi lagi seperti Sungai Besar dan Tanjong Karang, kita boleh bincang dengan parti Bersatu sebab komposisi pengundinya sesuai dengan profil Bersatu.
"Amanah Selangor tidak akan bertanding banyak (kerusi) tapi kita mahu menang banyak iaitu peratusan menang itu tinggi. Kita tidak mahu bertanding 20 (kerusi) tapi menang lima saja.
"Kita mahu bertanding contohnya, 13 menang 12. 80 peratus menang itu lebih efisien," jelasnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Pada masa sama, pihaknya tetap akan meletakkan calon bertanding sekurang-kurangnya di satu Parlimen atau Dun bagi memastikan jentera pilihan raya parti di negeri yang disandang Pakatan Harapan itu berfungsi.
"Walaupun kita rasa di satu-satu kerusi itu susah untuk menang tetapi kita akan meletakkan calon sebab kita mahu Amanah yang hanya ada satu di situ 'hidup'.
"Contohnya, di Dun Hulu Bernam tak pernah menang (Pas) tapi itu saja Dun yang Amanah ada di Parlimen Hulu Selangor. Namun, kita boleh ganti dengan kawasan yang kita menang sebab nak beri peluang kepada Bersatu.
"Tapi bagi Parlimen yang kita ada dua contohnya di Sabak Bernam - Dun Sungai Air Tawar dan Dun Sabak. Itu boleh salah satu.
"Ada sesetengah kawasan pula Amanah ada satu Parlimen dan satu Dun, kita boleh bincang. Kita mahu pastikan di setiap kawasan sama ada wujud satu Dun atau satu parlimen ada kita bertanding supaya jentera (pilihan raya) hidup," ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, jelasnya, pertukaran bagi kerusi tertentu mungkin akan berlaku bergantung pada perbincangan bersama Pakatan Harapan dari semasa ke semasa.
Tiga penjuru
Mengulas tentang pertembungan tiga penjuru atau lebih ekoran sikap Pas yang enggan bermuafakat bersama Pakatan Harapan, Izham berkata, Amanah masih lagi berpotensi untuk menang.
"Kajian saya mendapati kalau berlaku tiga penjuru, Amanah berpeluang menang di kawasan yang kurang 65 peratus pengundi Melayu.
"Tapi kalau komposisi pemilih Melayu lebih tinggi daripada itu, kena kerja lebih kuat lagi untuk menang. Lainlah, kalau satu lawan satu. Itu tiada masalah di Selangor ini.
"Saya telah analisa angka terbaru daripada daftar pemilih. Jika Amanah bertanding di kerusi-kerusi yang Pas juga masuk, kita boleh memang dalam 12 hingga 13 kerusi," katanya.
Beliau berpendapat, pencapaian itu boleh dianggap cukup baik bagi sebuah parti baharu yang pertama kali menyertai pilihan raya umum.
Ditanya tentang kewujudan Bersatu, Izham menyifatkan kehadiran parti yang dipengerusikan Tun Mahathir itu sedikit sebanyak merungkai sedikit kebuntuan Pakatan Harapan sebelum ini.
"Sebenarnya seperti pernah disebut Presiden (Mohamad Sabu), kehadiran Bersatu ini satu rahmat. Allah nak bantu ketika kita pening kepala dengan perangai Pas dan muslihat persempadanan semula.
"Sebelum Bersatu muncul, dia (SPR) nak kumpulkan banyak kawasan Melayu. Tapi Allah datangkan pula parti Bersatu. Huru-hara persempadanan ini.
"Saya lihat banyak perubahan sudah dibuat. Dia dah pamerkan yang kedua. Dia ubah suai lagi yang saya percaya impak daripada penubuhan Bersatu," ujarnya lagi.
Mat Sabu tak salah fitnah polis, kata Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen bahawa tidak ada alasan untuk mengaitkan bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bersalah atas tuduhan memfitnah.
Pada 8 Julai 2015, Mohamad Sabu - yang kini adalah presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) - dibebaskan daripada fitnah jenayah terhadap beberapa anggota polis dan keluarga mereka berhubung serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong berkata pihak pendakwaan tidak memberikan alasan yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan fitnah.
Beliau berkata ucapan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu diambil mengikut konteks.
Katanya, beliau menyedari bahawa media, iaitu Utusan Malaysia, telah "mensensasikan" ucapan Mat Sabu.
"Saya sentiasa memandang tinggi terhadap pasukan polis tetapi kes ini membabitkan Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara.
"Saya perlu memastikan keadilan undang-undang untuk semua dan memastikan bahawa pertuduhan itu adalah di luar keraguan yang munasabah," katanya.
Lim berkata beliau telah mendengar rakaman audio ceramah Mat Sabu, dan mendapati bahawa beliau tidak mengkritik polis.
Mat Sabu, bagaimanapun, meminta semua pejuang, bukan sahaja daripada Umno, untuk diiktiraf semasa sambutan hari kemerdekaan di negara ini.
Begitu nama pejuang kemerdekaan Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu, kata hakim.
Malaysiakini.
Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga
Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.
Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.
"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.
Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.
Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.
Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.
Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.
Suara RakyatAdakah ini bakal berlaku sekali lagi ?? Sama2 kita tunggu permainan AMENO.
Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal AMANAH, PKR & DAP yg di persalahkan?
Pemimpin PAS yg berunding dgn UMNO mengenai RUU355 bila gagal orang lain yg di persalahkan? Memang perangai buruk.
KENYATAAN PJ PAS PERAK, RAZMAN ZAKARIA BODOH DAN BIADAD
Saya ingin merujuk kepada status di dalam FB PJ Pas Perak, Razman Zakaria. Apabila beliau menyatakan, sekiranya RUU Akta 355 yang ingin dibawa oleh MP Marang, Hadi Awang ditolak, maka yang paling gembira adalah Amanah, Keadilan dan Dap.
Bagaimana beliau boleh menyatakan Keadilan gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak? Apakah beliau tahu apa pendirian Keadilan dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi? Mengapa tersarangnya perangai buruk. syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan? Apakah jika perjuangan kamu gagal atas kemungkinan disebabkan kelemahan pihak kamu maka ditudingkan kesalahan ke atas orang lain?
Mengapa kamu tidak mengherdik Umno yang seolah-olah mempermainkan kamu apabila Speaker mengatur susunan dari No. 4 kemudiannya ke bawah menjadikan No. 7 ? Mengapa Amanah, Keadilan dan Dap yang kamu sasarkan ? Speaker Dewan bukan dari Amanah, Keadilan mahu pun Dap.
Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu. Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU Akta 355 itu berjaya.
18 Oktober 2016
Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang
Posted by Kedah Lanie
RUU355 : UMNO yang berjaya "kills two birds with one stone"
Kita suka atau tak suka perlu beri pujian utk UMNO yang berjaya "kills two birds with one stone" batu yg digunakan ialah RUU355.
Yang pertama: UMNO berjaya memecah-belahkan dalaman Parti Pas sendiri dengan tersiningkirnya golongan progresif yg telah menarik ramai cendiakawan Melayu ke dlm parti PAS. Akhirnya tetubuh Parti Amanah.
Perkara kedua: UMNO berjaya singkirkan Pas dari Pakatan Rakyat. Pas punyai kekuatan istimewa dari Parti pembangkang yg lain seperti DAP yg tidak disokong orang Melayu dan parti PKR yg rata-rata pemimpin keciwa dari UMNO/BN.
Pas cuma tak sedar kekuatan mereka dimana sokongan pengundi Melayu dikawasan luarbandar (punyai kekeuatan 60% utk menentukkan siapa yang akan bakal duduk di PutraJaya) dan sokongan padu yg diberikan oleh pengundi bukan Melayu di PRU13 dengan tema, "Pas For All".
Kalau kita tidak keterlaluan boleh dikatakan Parti Pas adalah Penganti UMNO selepas PRU14. Apa nak buat Nasi sudah jadi bubur Hong Kong.
Selepas ini kita boleh lihat nanti UMNO/BN akan bergerak kearah isu politik nasional kepada kenegerian...bila persuasi dan desepsi ini berjaya dilakukan.... pengundi akan lupa apa saja isu besar Nasional yg cuba bawa oleh pembangkang...maka 5 tahun lagi UMNO/BN tetap di PutraJaya...