Pages

Thursday, 9 March 2017

[Video] "Cak Kun Cak! Orangnya cantik..OTAK pun cerdik.." UMNO BAKAL TUMBANG DI JOHOR?

Khamis, 9 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
ORANG NYA CANTIK OTAK PON CERDIKK...KAN MOLEK KALAU BEGITU

Lyrics and translation for Seloka Cak Kun Cak by S.M. Salim

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira
melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
lautan duka kelak direnang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
kapak beliung di tangan memegang
kekayaan hendak diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termasyhur
Usahlah Berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana Khilaf tegur menegur
la la la la la la la

Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah Khazanah pintu terpilih

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung.

Alfatihah Allahyarham SM Salim

Foto Otai BERSIH.
7 Janji Ditepati PM Najib Razak..


UMNO BAKAL TUMBANG DI JOHOR?
Belum pun habis rasa terkejut orang ramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan  penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.

Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.

Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.

Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa "kotornya"  imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?
Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu. 

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar tangan teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang. (ShahbudinHusin 09/03/2017).

No comments:

Post a Comment