Pages

Tuesday, 7 March 2017

[Video Duta M'sia diusir] 'Dekat aje PRU pasti akan timbul insiden2/peristiwa pelik'! Amanah kutuk sikap biadap Korea Utara halang 11 rakyat Malaysia.

Selasa, 7 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.

Susulan keputusan Malaysia mengusir duta Korea Utara, Pyongyang kini melarang rakyat Malaysia di sana meninggalkan negara itu.
PELIK TAPI BENAR...
Asal aja nak dekat Pilihanraya Umnum (PRU) pasti akan timbul insiden2/ peristiwa pelik.
Dulu menjelang PRU13, tup2 timbul kes Lahad Datu yg mana Zahid Hamidi menuduh 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu. HAMPIR 4 TAHUN BERLALU hingga kini Zahid tidak berani dedahkan nama 3 pemimpin pembangkang tersebut.. KENAPA ?
KENAPA tercetusnya isu 'North Korea' ini isu2 skandal 1MDB, minyak naik, gula naik, rasuah, penculikan terus jadi sepi skrg ini??!
Foto Otai BERSIH.
Ini Win...kahkah..
Foto Parti Amanah Negara.
KUTUK SIKAP BIADAB KOREA UTARA HALANG 11 RAKYAT MALAYSIA
Saya menyifatkan tindakan Kerajaan Korea Utara yang melarang 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Sikap biadab dan tidak berdiplomasi Korea Utara itu patut dikutuk oleh seluruh dunia kerana menjadikan rakyat asing yang bertugas di negara berkenaan seperti tebusan.
Apa yang saya khuatir adalah soal keselamatan nyawa mereka di sana yang terdedah kepada sebarang ancaman yang sukar diduga.
Sehubungan itu, saya menggesa supaya Kerajaan Malaysia menggunakan semua saluran diplomasi yang ada untuk menggesa Korea Utara menghormati negara ini sebagai sebuah negara berdaulat dan segera membenarkan 11 rakyat itu pulang ke sini dengan perlindungan keselamatan.
DR SITI MARIAH MAHMUD
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional

No comments:

Post a Comment