Pages

Saturday, 4 March 2017

Skandal RASUAH hartanah Johor...Bekas 'Pemimpin Pelajar Aspirasi (pro-Umno)' didakwa RASUAH buka mata mahasiswa.

Sabtu, 4 Mac 2017
Foto Otai BERSIH.
Orang UMNO Johor nape SENYAP?
FOREST CITY dah jadi HAKMILIK KEKAL CHINA
SIAPA YANG MENJUAL NEGARA?
SILA JAWAB..

Bekas pemimpin pelajar didakwa rasuah buka mata mahasiswa

Skandal rasuah hartanah di Johor membabitkan pembekuan 45 akaun bank mencecah RM15.5 juta baru-baru ini dikatakan turut mengheret bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah universiti di utara tanah air.
Pembabitan individu itu sebagai pegawai khas Exco kerajaan negeri Johor serta tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anak Exco berkenaan dilihat membuka mata mahasiswa tentang nilai integriti dan sifat amanah golongan pemimpin pelajar yang pro-Umno.
Mengulas kes yang juga menyaksikan rampasan 21 kereta mewah, lima motosikal kuasa tinggi dan wang tunai RM500,000 itu, aktivis Serikat Mahasiswa, Jefry Musa menyifatkan bekas pemimpin Aspirasi itu sebagai mangsa salah guna kuasa pihak atasan.
Penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, dakwaan seorang wakil rakyat di Johor kononnya anak Exco terbabit tidak bersalah dalam penyelewengan penukaran status rumah untuk Bumiputera tersebut merupakan pengakhiran tragis bagi penyokong tegar Umno di kampus.
Menurutnya, desas-desus tentang adanya pertubuhan mahasiswa di universiti tersebut yang telah merasuah melibatkan hartanah bagi mempercepat projek keusahawanan mereka di Johor telah kedengaran sejak tahun lalu lagi.
"Berita ini saya dapat daripada orang yang terlibat dalam organisasi itu sendiri dan disebabkan hal tersebut juga beberapa orang daripada ahli pertubuhan itu menarik diri. 
"Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mendapat berita terdapat salah guna rasuah membabitkan jual beli aset tanah di Johor," tegasnya dipetik dari akhbar mingguan Amanah Edisi 41, 5-12 Mac.
Dapatkan laporan lanjut berkenaan bekas pemimpin Umno Kampus itu dalam akhbar Amanah edisi terbaharu.
Lidah rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) tersebut yang terbit setiap hari Sabtu menyediakan ruangan khas Kampus dan Anak Muda.

No comments:

Post a Comment