Pages

Monday, 20 March 2017

[Video] *10 TANDA-TANDA HAMPIRNYA PRU14* Pelajar 6A tinggal di stor pusat snuker (tiada rumah) & Menteri pulak berjoget seronok sakan!

Selasa, 21 Mac 2017
Sama kan joget penyamun dulu....kini dan selamanya...

Azri Suhaimi *10 TANDA-TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA (PRU14)* 

1. Akan munculnya makhluk yg dtgnya 4 tahun sekali tempat2 spt dipasar borong, pasar malam dan ada yg datang kerumah rumah.


2. Menteri2 mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing2 di kawasan pendalaman dan ada yg mimikul kampit beras dan hamper.

3. Jalan2 kampung yg berlopak mula diturap dgn tar.

4. Upacara pecah tanah disana sini utk pembinaan bangunan2 sperti klinik, hospital dan sekolah.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg dan susu 2 tin kpd org2 kg.

6. Menteri menteri akan menyuapkan makanan kepada orang2 tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan didada akhbar.

7. Harga minyak akan diturunkan 5 sen setiap liter

8. Pak Menteri akan makan bersila dg orang orang kampung

9. Pak Menteri tetiba kenal dg orang yg selama ini dia tak pernah kenal.

10. Akan ada orang besar yang akan ditangkap disebabkan makan rasuah 

*SESIAPA YG KUAT IMANNYA INSYAALLAH TERSELAMAT AKAN TIPUDAYANYA.*
Foto Suara Rakyat.
patutler... sgt2 patriotik

Pelajar 6A tinggal di pusat snuker dibantu sambung pengajian


Walaupun keluarganya terpaksa tinggal di sebuah pusat snuker di Johor, Farah Marcella Bandie berjaya memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berikutan itu dua beradik, salah seorangnya adalah guru Farah sendiri, berusaha mengumpulkan dana untuk membiayai pendidikan tinggi pelajar itu.
Zaikhan Abdul Rahim berkata, dia dan adiknya Suraya Abdul Rahim membuat keputusan membiayai pengajian Farah, namun lebih ramai ingin memberikan sumbangan apabila kisah itu dikongsikan di Facebook.
"Jadi saya fikir kita perlu membuka akaun bank untuk tujuan ini," katanya kepada Malaysiakini.
Suraya yang juga guru disiplin di SMK Seri Kota Puteri di Johor, pada awalnya cuba menyelidiki mengapa Farah kerap ponteng ke sekolah.
Dari situ, Suraya mendapat tahu Farah tidak mempunyai rumah dan tinggal di bilik stor sebuah pusat snooker, di mana ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang cuci, tinggal bersama dengan lima adik beradiknya yang lain.
Suraya kemudian cuba membantu Farah dengan mengambilnya sebagai anak angkat kerana melihat potensi yang ada pada diri pelajar itu.
"Farah adalah seorang gadis muda dan terpaksa tinggal di bilik stor yang kecil dengan adik-adiknya. Bapanya meninggalkan mereka tidak lama dahulu," kata Zaikhan.
Ahli perniagaan itu juga menjawab kebimbangan mengenai akaun bank yang dibuka atas namanya.
"Jika kita berikan (wang) terus kepada Farah, siapa yang akan uruskan untuk dia? Orang berkata itu dan ini tetapi mudah untuk bercakap daripada melakukan sesuatu," katanya.
Zaikhan, yang mendedahkan bahawa RM8,000 berjaya dikutip sehingga semalam, berkata mereka yang mempunyai keraguan dialu-alukan untuk menghubunginya bagi mengetahui bagaimana wang itu dibelanjakan.
"Demi ketelusan, saya akan hantar satu paparan skrin daripada jumlah terkini yang didebitkan ke dalam akaun pada setiap hari serta maklumat lain yang berkaitan di Facebook saya," katanya.
Menurut Zaikan, abang Farah juga cemerlang dalam SPM apabila mendapat 5A dua tahun lalu tetapi tidak melanjutkan pelajaran dan bekerja di pusat snuker yang sama.
Oleh itu, ahli perniagaan itu berkata, mereka berharap dapat menggunakan dana yang dikumpulkan bagi membantu adik beradik itu melanjutkan pendidikan di peringkat lebih tinggi.
Mereka yang ingin membantu Farah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Zaikhan (nombor akaun: 3611 4522 7076).
 Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment