Pages

Monday, 20 March 2017

[Video Kerjasama Umno & Pas PRU14!] SUKA-SUKA berebut jawatan? Bekas calon Ket. Pemuda Pas (Loyar mabuk 7 undi) TEMPELAK calon NYDP yang dapat 37 undi aje.

Selasa, 21 Mac 2017


Bekas calon Ket. Pemuda Pas yang dapat 7 undi menempelak calon NYDP yang dapat 37 undi bila kata dia SUKA-SUKA berebut jawatan

SUKA-SUKA
Tahun 2013 adalah tahun paling sempoi dalam kamus politik aku. Pada tahun 2013 aku telah mengambil tindakan drastik yang akan terpahat dalam sejarah dan akan dibawa sampai mati.

Tahun 2013 aku telah umumkan akan bertanding suatu jawatan tertinggi dalam organisasi pemuda parti lama aku. Pasai apa gamaknya aku buat kerja gila tu? Suka-suka macam kawan tu ka?

PASAI APA?
Tahun 2013 merupakan penggal terakhir Ketua Pemuda Pusat bernama Nasruddin Hassan yang lebih dikenali sebagai Nasruddin Tantawi. Aku ketika itu tidak memegang sebarang jawatan dalam parti kecuali AJK Lajnah Pengguna yang hanya jawatan lantikan. Di peringkat kawasan pun tak ada jawatan, cawangan pun tak ada.

Dengar hujung-hujung telinga bahawa apabila Tantawi mengundur diri, dia nak cadangkan Nik Abduh yang ketika itu Timbalan Ketua untuk dinaikkan sebagai Ketua. Arghhhhh gila apa? Sampai bila oraganisasi Pemuda nak diatur sebegitu? Tak ada ka orang lain? Yang ramai2 hebat2 dalam Pemuda tu duk tengok saja ka? Aku pun risik2 la kawan2 dalam Pemuda maka jawapan yang aku dapat ialah "kami dalam pemuda ni mmg ditarbiyah gitu.. kami tak lawan ketua kami...." Demmmmmmmm.... Aku kata ini tak boleh jadi. Selalu dok kutuk Umno tak ada demokrasi itu dan ini tiba2 dalam Pemuda kita sendiri pun lemau.

Aku bincang dengan sorang dua kawan yang juga tak ada apa2 jawatan dalam parti. Apa kata kita lawan. Setuju. Maka aku terus umumkan bahawa aku akan mencabar dan bertanding dalam pemilihan Ketua Pemuda.
Aku dengan kawan2 menyusun langkah. Tantawi pada tahun 2011 menyatakan penggal itu adalah yang terakhir jadi kami gunakan janji dia itu untuk dia berundur. Maka Tantawi umumkan dia kosongkan kerusi Ketua Pemuda. Bunyi2 bahawa Nik Abduh hendak menggantikan dia kami tembak apabila Nik Abduh dalam perasmian Muktamar sebuah kawasan di Kelantan maklumkan dia pun nak berundur kerana umur sudah lanjut. Maka jawatan Ketua Pemuda akan kosong. Sekarang hanya aku, ZULHAZMI yang akan mengisi jawatan tersebut. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila kan?

APA SELEPAS TU?
Untuk bertanding mesti mendapat sekurang-kurangnya 2 pencalonan daripada kawasan. Sejak aku umumkan bertanding, banyak la kawan2 janji akan calonkan aku tapi sehingga hampir seminggu tarikh tutup pencalonan, aku masih tiada pencalonan. Hahahahaha semak. Akhirnya Alhamdulillah ada 2 kawasan yang bersetuju mencalonkan aku. Kawasan mana biarlah rahsia. Ada satu kawasan tu siap talifon aku bagitau depa hanya mencalonkan aku untuk bagi peluang aku bertanding tapi depa tak akan undi aku. Aku ok ja. Satu kawasan lagi dah calonkan orang lain tp kemudian tukar pencalonan untuk bagi pada aku.

Bila tutup tarikh pencalonan, aku layak dengan 2 pencalonan. Dapat surat pengesahan dan mula berkempen.

Semasa tempoh kempen sebelum pemilihan, aku ajak calon-calon yang bertanding iaitu Suhaizan Kaiat dan Kamaruzzaman untuk berwacana bersama. Kita bertiga ke kawasan2 untuk kemukakan idea kita sebagai Ketua Pemuda. Pelawaan aku ditutup rapat oleh Kamaruzzaman tetapi disambut baik oleh Suhaizan. Kami ke Alor Setar berwacana kemudian ke Seremban, Kajang dan akhirnya di Ipoh.

Sepanjang tempoh tu juga aku dihubungi oleh ramai kawan2 minta aku tarik diri kerana katanya klu aku teruskan, undi akan pecah dan Kamaruzaman akan menang. Haaaaaaa takut nampaknya. Aku yang tak ada apa ni pun depa kalot. Timbalan Presiden waktu tu siap call aku ajak jumpa. Bila jumpa dia kata kat aku " hang buat gila apa loya oi... pecah undi nanti depa menang..." Aku kata aku ni tak dak apa pon nak takut apa... Lawan dulu la.. Kalau Suhaizan yang mai dgn sokongan Johor, Kamaruzaman dgn sokongan lebai, aku??? Hangpa takut apa?? Beberapa AJK Pusat jugak call aku mintak aku tarik diri. Ada sampai putus kawan sebab aku tak tarik diri.

PEMILIHAN.
Tiba hari pemilihan aku ke Dewan MPPJ di mana Muktamar Pemuda dijalankan. Aku pi sorang2 sbb tak ada kawasan. Perwakilan pun tidak. Nak masuk Muktamar pun tak dapat sehingga Sdr Sabki bagi kat aku kad jemputan khas.

Mundar mandir aku di luar dewan masa perwakilan nak memilih. Ada yang mai jumpa bagitau aku "ana akan undi enta...." Aku kata undilah Suhaizan. Dia yang paling layak jadi Ketua. Aku hanya bertanding untuk buka ruang pertandingan saja bukan aku nak jadi Ketua Pemuda pun. Aku sedaq la sapa aku. Aku pun tak mau serabut jadi Ketua hangpa.

Malam diumumkan keputusan. Aku masuk duduk dengan kawan2 wartawan di bahagian atas. Bila diumumkan keputusan aku dapat 7 undi aku takbir sorang2. Ada walaun dok sebelah kata "eleh 7 undi pon takbir...." aku jawab dapat 7 pun sama ja kalah mcm Kamaruzaman.... kahhhhhhhhh....
Bermula hari tu aku digelarkan "Loyar mabuk 7 undi"... "loyar buruk 7 undi"... dan macam2 gelaran. Hahahahahha bawak mati la...

TUJUAN.
Tujuan aku bertanding bukan suka-suka macam Nik Abduh. Aku masuk bertanding untuk membuka ruang demokrasi dalam Pemuda. Tujuan aku bukan untuk menang tapi membuka ruang. Pemudea mesti berani buat perubahan. Kalau dok koro mcm tu saja baik jangan jadi pemuda.
Sampai hari ni aku hanya tau 2 org ja yang undi aku. 5 lagi aku tak tau sapa. 2 orang tu pun agak2 ja.
Sekian.

Zulhazmi Shariff

Posted by Kedah Lanie

No comments:

Post a Comment