Zambry (dua dari kiri) ketika melancarkan MAPS pada 2015 lalu.
Apa sudah jadi pada projek Taman Tema Animasi Terbesar di Asia?
| MALAYSIA DATELINE
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak melahirkan kebimbangan dengan projek mega Taman Tema Terbesar di Asia iaitu 'Movie Animation Park Studios' (MAPS) berlarutan selama tiga tahun gagal beroperasi seperti dijadualkan pada Mac 2014.
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, sehubungan itu Amanah mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi menyiasat projek tersebut.
"Isu keselamatan pengguna menjadi keutamaan projek MAPS ini dan sewajarnya Kerajaan Negeri Perak menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Menyiasat projek ini terutamanya isu keselamatan dan perkara penting lain yang memungkin akan atau berlaku apabila bermulanya operasi MAPS ini nanti.
"MAPS yang diwar-warkan beroperasi sekitar bulan Mac 2014 yang lalu, masih belum dapat digunakan ketika kempen Tahun Melawat Perak 2017 ini sudah melalui fasa kedua.
"Walaupun jangkaan awalnya akan siap sepenuhnya pada tahun 2015, tetapi sehingga kini masih belum siap sepenuhnya.
"Walaupun jangkaan awalnya akan siap sepenuhnya pada tahun 2015, tetapi sehingga kini masih belum siap sepenuhnya.
"Perlu diingatkan bahawa jualan tiket ‘season pass’ yang bernilai jutaan Ringgit telah mula dijual kepada orang ramai seawal bulan Mac 2016 yang lalu dengan jangkaan ianya boleh beroperasi pada bulan Julai 2016.
"Akibat kelewatan tersebut, kini tersebar khabar angin mengatakan beberapa orang Pegawai yang menguruskan projek tersebut telah dipecat dan pakar-pakar daripada kontraktor luar negara yang terlibat dengan projek tersebut telah ‘angkat kaki’.
"Akibat kelewatan tersebut, kini tersebar khabar angin mengatakan beberapa orang Pegawai yang menguruskan projek tersebut telah dipecat dan pakar-pakar daripada kontraktor luar negara yang terlibat dengan projek tersebut telah ‘angkat kaki’.
"Sudah tentu ini akan menyebabkan lagi kelewatan menyiapkan MAPS ini," ujar beliau dalam satu kenyataan.
MAPS yang dianggarkan bernilai RM450juta di Meru Raya dijadualkan akan siap sepenuhnya pada 2015 yang dikendalikan oleh Perak Corp Berhad dan Sanderson Group.
MAPS akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika melakukan pecah tanah di tapak MAPS dipetik berkata, taman tema animasi itu terletak pada kedudukan strategik iaitu di Ipoh yang dilengkapi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) serta berhampiran laluan Lebuhraya Utara-Selatan bagi kemudahan para pengunjung.
MAPS dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 10 hektar daripada 20.8 hektar di Meru Raya yang mana dijangka akan membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan.
Zambry berkata MAPS menyasarkan 1.4 juta pengunjung iaitu 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus dari luar negara pada tahun pertama pembukaannya.
Bagaimanapun kata Asmuni lagi, orang ramai yang telah membuat bayaran tiket 'season pass' dahulu sehingga kini masih belum dapat mengunakannya.
"Kami juga bimbang berikutan kelewatan projek MAPS ini akan meningkatkan lagi kos pembinaannya.
"Ditambah dengan kedudukan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Ditambah dengan kedudukan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Adakah harga tiket tersebut akan dikaji semula berikutan peningkatan nilai projek tersebut kerana sudah tentu ianya akan membebankan pengguna," ujarnya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete