Pages

Saturday, 4 March 2017

[Video Presiden Pas jumpa Raja Petra di Bangkok minggu lepas!] Najib akan diminta lepas jawatan PM.

Ahad, 4 Mac 2017

Image result for Foto Hadi dan Raja Petra di bangkok

Najib akan diminta lepas jawatan PM, dakwa AMANAH


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub mendedahkan Datuk Seri Najib Razak akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.
Justeru, kata Salahuddin, presiden Umno itu harus mengawal emosinya daripada begitu terdesak sehingga terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri.
"Najib perlu belajar mengawal emosinya kerana akan ada pula di kalangan pimpinan kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri daripada beliau dalam tempoh waktu terdekat.
"Nampaknya Seri Najib begitu terdesak apabila terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri daripada beliau yang pastinya diketahui umum merujuk kepada bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya dalam kenyataan.
Awal hari ini, Mohd Shafie yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi ketua menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu dari Najib.
Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna berkata, beliau akan bertanding di kerusi negeri jika beliau mahu menjadi ketua menteri Sabah, dan bukan di kerusi parlimen.
Semalam, Najib dilaporkan berkata, seorang bekas menteri persekutuan, yang kini mengetuai sebuah parti pembangkang, telah meminta jawatan ketua menteri Sabah dan menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri itu.
Walaupun beliau tidak menyebut nama, tapi Najib dipercayai merujuk kepada Shafie.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, krisis dalam Umno tidak bernoktah walaupun selepas penyingkiran kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa bulan yang lalu.
"Pembersihan tidak sepenuhnya berjaya, ada beberapa menteri dan menteri besar yang pro Muhyiddin mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.
"Pergelutan kuasa antara Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) adalah satu rahsia umum yang sedang melanda dalaman Umno. Jalan penyelesaian adalah mengharap Najib memberi laluan demi menyelamatkan Umno," tambah beliau.
Rakyat juga, jelasnya, tidak akan terkejut sekiranya ada pihak atau individu yang berpengaruh datang menemui Najib dan meminta jawatan perdana menteri diserahkan kepada orang baru bagi memastikan survival Umno yang sarat dengan pelbagai skandal mega yang mengaibkan rakyat serta negara.
Mkini.

No comments:

Post a Comment