Pages

Saturday 4 March 2017

[Video Tun M di JB] MENANG 2,000 UNDI pun ada hati nak cabar Tun M & BESORNYA CITA-CITA TERBARU PAS! Sudahkah Pas mengukur baju di badannya sendiri?

Ahad, 5 Mac 2017

Image result for Foto Tun M di Forest City

Image result for Foto Tun M di Forest City

MENANG 2,000 UNDI PUN ADA HATI NAK CABAR TUN MAHATHIR...

Rasanya ini sudah kali kedua Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz melontarkan cabaran kepada Tun Mahathir untuk berdepan dengannya di Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang.

Cabaran kali kedua ini dilontarkan berikutan Tun Mahathir akan turun berceramah di Padang Rengas, hujung bulan ini.

Sekiranya bukan Tun Mahathir, Nazri juga dilaporkan mencabar Muhyiddin Yassin untuk berdepan dengannya susulan Presiden Bersatu itu akan turut datang ke Padang Rengas selang dua hari daripada kedatangan Tun Mahathir.

Muhyiddin akan menghadiri satu program di Padang Rengas pada 23 Mac, diikuti Tun Mahathir pada 25 Mac.
Tentunya ramai yang tergelak dan senyum sinis dengan cabaran Nazri itu kerana dalam pilihanraya 2013 lalu beliau hanya mampu menang dengan majoriti 2,230 undi saja.

Itu pun lawannya ketika itu seorang yang tidaklah seorang yang cukup dikenali ramai iaitu Meor Ahmad Isharra Ishak.

Bayangkan jika dalam pilihanraya akan datang lawannya adalah seorang lebih terkenal atau bertaraf nasional.

Agak-agaknya nak gebang besar mencabar orang lain...lainlah kalau menang dengan majoriti 20,000 undi.

Maka, untuk PRU 14 akan datang, di samping UMNO dan BN makin terbeban dengan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta dalam akaun Najib Razak, dengan dua tiga kali Tun Mahathir dan Muhyiddin datang ke Padang Rengas saja sudah memadai untuk mengoyak-rabakkan kedudukan Nazri.

Tidak perlu Tun Mahathir atau Muhyiddin menyahut cabaran bertanding di Padang Rengas kerana mereka bukan sekadar untuk mengalahkan Nazri sebagai Ahli Parlimen, tetapi lebih penting ialah untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Jika UMNO dan BN dapat ditumbangkan, bukan saja Nazri akan kalah sama, malah kalau  beliau menang sekali pun, kecundanglah segala nikmat kehidupannya selama ini.

Dalam masa yang sama, jika Nazri benar-benar hebat atau anak jantan sepertimana yang selalu disebutnya, beliau sepatutnya bukan sekadar mencabar Tun Mahathir atau Muhyiddin berlawan dengannya di Padang Rengas, bahkan juga mesti berani berhadapan dengan kedua-dua pemimpin Bersatu itu sama ada di Kedah, Johor atau kawasan yang berkecuali.

Itu barulah benar-benar anak jantan!! (Shahbudin 04/03/2017).
Posted by 

BESORNYA CITA-CITA TERBARU PAS!!

Dulu Pas hanya mahu bertanding 70 kerusi Parlimen sahaja dan menyasarkan menang sekurang-kurangnya 40 daripadanya. Mereka berkeras jumlah 70 kerusi itu tidak boleh dikacau oleh sesiapa.


Dengan kemampuan menang 40 kerusi, matlamat Pas sekadar memadai mahu jadi "king maker"  atau kuasa penentu di antara BN dan Pakatan Harapan.

Itu cita-cita dulu. Sekarang cita-cita Pas jauh lebih besar lagi daripafa sekadar menjadi kuasa penentu.

Menurut Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, berdasarkan kajian, Pas kini bukan saja cerah untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan, bahkan tidak mustahil mampu menawan Putrajaya.

Bagi tujuan itu, Pas katanya, akan bertanding di semua kawasan Parlimen dalam PRU 14 akan datang, selain sedia bergerak sendirian serta menghadapi pertandingan lebih daripada dua penjuru.

Melalui kajian dibuat, peluang PAS cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia, tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi.
Daripada "king maker", Pas kini ada cita-cita baru iaitu bertanding sendirian untuk menawan Putrajaya. 

Makanya, Bersatu yang masih ghairah mahu bekerjasama dengan Pas, baiklah lupakan saja hasrat itu.

Besornya cita-cita dan banyaknya modal kewangan Pas untuk bertanding di semua 222 kawasan Parlimen kali ini.

Tetapi, sebelum itu apa kata kita lihat fakta sejarah mengenai jumlah kemenangan yang mampu diraih Pas sama ada ketika bertanding sendirian atau bergabung dengan lain-lain parti.

- Pilihanraya 1974 (bergabung dengan UMNO) - 14 kerusi.

- Pilihanraya 1978 (bersendirian) - 5 kerusi.

- Pilihanraya 1982 (bersendirian) - 5 kerusi.

- Pilihanraya 1986 (bersendirian) - 1 kerusi.

- Pilihanraya 1990 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 1995 (bergabung dengan Semangat 46) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 1999 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas, PKR dan DAP) - 27 kerusi.

- Pilihanraya 2004 (bergabung dalam Barisan Alternatif iaitu Pas dan PKR) - 7 kerusi.

- Pilihanraya 2008 (bergabung dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas,PKR, DAP) - 23 kerusi.

- Pilihanraya 2013 (bergabung dalam Pakatan Rakyat  iaitu Pas,PKR, DAP) - 21 kerusi.

Berdasarkan fakta sejarah di atas, adakah Pas kuat dan menang banyak kerusi Parlimen ketika bersendirian atau sewaktu bergabung dengan parti-parti lain?

Keajaiban bagaimana yang Pas harapkan untuknya menang sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk membolehkan Putrajaya dapat ditawan?

Sudahkah Pas mengukur baju di badannya sendiri? (Shahbudin 01/03/2017).
Posted by 

No comments:

Post a Comment