Selasa, 21 Mac 2017
Terkorban kerana 1MDB
MEREKA YANG TERKORBAN
1. Antara tokoh yang telahterkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.
2. Tokoh yang DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.
3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor. Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.
4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang diPECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Teengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Terengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang pelantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Terengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.
5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan juga telah MELETAK JAWATAN kerana kecewa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan :-
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA.
MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik di peringkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Husni Hanadzlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.
7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN II, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana: -
HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB
8. Dengan sendirinya :-
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA
KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB.
INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB
9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.
10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.
KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI
11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.
KITA BAYAR 'R'IBA' YANG TERLALU TINGGI
12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.
PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET
13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.
14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?
PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN
15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruaudit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis DiRaja Malaysia danSuruhanjaya Pencegah Rasuah.
16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu seolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.
17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'
18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.
19. Pihak Polis DiRaja Malaysia dihalanguntuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ORGANISASI YANG MENDUKUNG KEMUNGKARAN RASUAH, MELAKSANAKAN DASAR DAN AMALAN YANG MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA.
SAMPAI BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA KERANA 1MDB?
Tan Sri Sanusi Junid ialah bekas Menteri Kabinet dan bekas Menteri Besar Kedah Ke-7
No comments:
Post a Comment