Isnin, 17 April 2017
Bukti rakyat semakin menolak Najib Razak & BN.
Lawatan kerja PM ke Terengganu semalam
Lawatan kerja PM ke Terengganu semalam
Perjumpaan Najib bersama bloggers Bn dan cybertroppers Bn.
Hanya dengan hp samsung dan duit poket sikit. Sebab tu ramai nak jupe Najib ini kerana nak dedak....😂😂
Ohhhhh my dedak, asyik nak kena suap baru nak buat keje. Habis duit GST kita bayar haishhhhhhhhhh..
Ini lah pasukan diarah menipu RAKYAT..!!
Fitnah tukar masjid jadi gereja, ‘panglima alam maya’ UMNO mula lancar serangan
IPOH, 17 APR: Sehari selepas gesaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak supaya aktivis media sosial pro-Barisan Nasional (BN) melakukan ‘serangan’ ke atas musuh politiknya, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa fitnah terbaru.
Dalam fitnah itu, Kasthuri didakwa kononnya menyokong kenyataan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok kononnya jika DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, “masjid di seluruh negara akan ditukarkan menjadi gereja yang termasyur di dunia”.
Fitnah yang tersebar meluas di Facebook itu turut menyatakan “lebih 5,000 premis perjudian dan rumah urut akan dibuka selepas PRU14 di Parlimen Batu Kawan dan ADUN Perai” jika DAP menang.
“Ternyata ini satu fitnah dan pembohongan semata-mata yang mensasarkan saya dan parti saya. Saya, mahupun parti DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini yang berbaur ekstremis.
“Saya, Teresa Kok serta parti DAP tidak pernah sekalipun mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman atau mengapi-apikan isu keagamaan dikalangan penduduk berbilang bangsa dan agama yang hidup secara aman dan harmoni sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan ini dibuat selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam diiringi Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su serta ADUN Bercham Cheong Chee Khing.
Menyifatkan gesaan Najib itu tidak bertanggungjawab dan semata-mata demi mengekalkan kuasa BN, Kasthuri berkata ia hanya akan menggalakkan serangan politik ala samseng, perkauman dan ekstremisme.
“Apa lagi yang Najib mahu sebenarnya? Media arus perdana semuanya dibawah kawalan dan pantauan kerajaan BN dan digunakan sebagai lidah rasmi propaganda BN.
“Berdasarkan apa yang telah berlaku kepada media alam maya dalam pendedahan ‘ibu kepada segala skandal’ 1MDB, terbukti kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasanya untuk menganiaya dan mengugut pihak media ini serta pemberita mereka.
“Apa pula modus operandi aktivis sosial BN yang bakal dihalalkan oleh Perdana Menteri Najib Razak menjelang PRU14?” soal Setiausaha Publisiti Wanita DAP itu.
Perdana Menteri dalam ucapannya di Himpunan Aktivis Media Sosial dua hari lalu berkata bahawa tentera siber UMNO sudah lama berada dalam ‘mod defensif’.
“Cukuplah. It is now time to attack!” katanya dalam pertemuan tersebut.
“Kita telah berjaya menghimpunkan ramai aktivis media sosial, panglima-panglima alam maya kita yang setia bersama BN yang tetap percaya kepada perjuangan dan dasar kita,” katanya menerusi blog beliau. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment